apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.1.11

Dia dah bosan dengan anda? percaya tak?


tadi, n3 sebelum ni aku ceritakan tentang perpisahan fasha dan jejai, kan? aku nak tanya anda... apakah ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa pasangan kita dah jemu dengan kita atau mungkin kita sendiri.....apakah ada isyarat yang memberitahu kita bahawa...
okey girl, let us break up! dia bukan your Mr Right!
jangan tak tahu... sememangnya ada! baca 10 petanda di bawah, lepas tu anda renung-renungkanlah... mungkinkah sudah tiba masa untuk berpisah? 

1. sejak mula, anda tidak selesa. dengan diri ataupun dengan si dia. tak ada rasa jantung berdegup. tak ada rasa gelabah. ghairah? seronok? semua tarak....

2. sejak anda berpasangan dengan si dia, kawan-kawan menjauhi anda. ha, itu tandanya diorang semua tak suka dia. so pilih, anda nak hilang kawan-kawan atau anda hilang kekasih nan seorang?

3. anda suka bersama-sama kawan anda berbanding bersama si dia. anda gelak, anda ketawa, anda seronok dengan mereka. dengan si dia? monyok aje... hmm

4. anda jumpa bekas kekasih dan kenangan lama menjurus kepada pertemuan baru tanpa rasa bersalah kepada pakwe anda sekarang. whoa.... memang teruk dah ni!

5. asyik-asyik, anda sahaja yang berkorban. dia? aduhh... buat-buat lupa atau tak kisah. kadang2 tu sampai makan pun anda kena belanja... hmm, putuskan ajelah!

6. anda sedar bahawa anda dengan dia dah tak serasi. leluconnya sudah tidak lagi menghiburkan. bukan setakat tidak lucu dah malah dah sangat-sangat menyakitkan hati. habislah... kes berat dah ni!

7. dulu si dialah yang paling encem, macho, baik, jujur...bla, bla, bla... sekarang, tak ada dah semua tu. yang ada cuma rasa menyampah, benci, geram, nak marah...pendek kata kalau dulu, kentut pun wangi, sekarang..... pakai minyak wangi penuh badan pun busuk...

8. anda bosan kerana ada sifatnya yang tak mampu anda ubah. mula-mula dulu, anda kata tak apalah... pelan-pelan, nanti okeylah dia... tapi, dah lama dah, si dia masih cenggitu.... hmm, fed-up! bosan! baik tengok tang lain, kan? hehe....

9. bila anda mula cakap pada si dia begini:-
kenapa you ni ha? I tengok kan, A tu boleh aje berambut pendek. you ni bila I suruh potong rambut pontianak you, kenapa susah sangat nak potong?
perbandingan menunjukkan kemenyampahan tahap gaban. baik putuskan hubungan!

10. bila dengannya rasa diri bagai terpenjara. nak sembang, tak syok. nak 'gitu-gitu' tak ada mood. nak bersenda gurau...jangan harap... perasaan dan hati sudah terkunci. so good bye!

bagi pasangan suami isteri, jika ada antara ciri-ciri di atas di dalam perhubungan, haruskah berpisah? apakah tidak perlu diambil kira perasaan anak-anak?

tepuk dada tanya jiwa....

sofi.




2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.