Langkau ke kandungan utama

DELIMA

assalamualaikum dan selamat sejahtera
RAHSIA ALAM...delima sudah digunakan berabad lalu dalam
perubatan tradisional.



di atas ialah gambar buah dan pokok buah delima. delima bukanlah buah yang popular terutama di kalangan kanak-kanak. malah mungkin ramai yang tidak mengenali buah delima berbanding epal, limau mahupun rambutan. 

delima, antara pokok yang ada di syurga Allah nanti. dan delima disebut tiga kali di dalam al-Quran:
Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
DELIMA ataupun nama saintifiknya Punica granatum kaya dengan sodium, riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. 


Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, ia dibawa ke China oleh Dinasti Han kira-kira 100 tahun sebelum masihi dan digunakan sejak berabad lalu sebagai bahan perubatan tradisional. Buah delima berasal dari kawasan Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Ada tiga jenis delima iaitu delima putih, merah dan ungu namun delima paling terkenal untuk dijadikan ubat adalah delima merah.  


Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna.


Antara kebaikan buah delima:

*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mengurangkan berat badan
*prevent morning sickness (untuk perempuan yang mengandung)
*memperelokkan rahim


kandungan sodium, riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus dapat membantu mengurangkan beberapa masalah kesihatan termasuk radang perut, tekanan darah tinggi serta melegakan cirit-birit. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. 

Air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah nafas berbau. Ia turut membantu membersihkan mulut dan gigi serta mencegah jangkitan mulut.


buah delima juga mengandungi kandungan aktif agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenal pasti kawasan yang mengalami masalah pigmentasi teruk bagi menghentikan pengeluaran sel yang menghasilkan melanin bagi mengurangkan masalah itu. 


buah delima juga mengandungi bahan antioksidan yang dapat merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat yang bermanfaat pada kulit. Antioksidan ini diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada rosak akibat terdedah kepada radikal bebas di persekitaran. Malah, ia mempunyai keupayaan untuk memperbaiki tahap kekeringan kulit dan menjadikannya bahan sesuai bagi rawatan sama ada untuk mencerah, melembap, menyeri dan antipenuaan. kandungan antioksidan yang tinggi juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, cepat tua dan barah. 


Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang berkesan untuk menangani masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. 

Ia membantu membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Buahnya yang masam juga boleh mencegah daripada muntah.
Buah delima juga menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. 

Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.


Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.

sumber:


sofi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…