apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.1.11

CUAINYA EMAK BAPAK MEREKA...

(DARI kiri) Nur Ayuni Layla Witra; Mohd. Akmal; Mohd. Amirul dan Nur Alia Maisara 
sukar meneruskan kehidupan kerana tidak memiliki sijil kelahiran.

Akibat perkahwinan tidak diiktiraf gara-gara menggunakan sindiket nikah, empat daripada lima anak kepada seorang bekas pengawal keselamatan di sini terpaksa hidup tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri.

Ibunya, Duanah Abdul Latif, 38, berkata, lebih malang, bagi mengelak perkara yang sama berulang anak kelima mereka, Nur Arishah Natalia, 6, terpaksa berbinkan Abdullah bagi mendapatkan sijil kelahiran dan tidak menerima nasib seperti abang dan kakaknya yang lain.

Duanah yang berasal dari Tawau memberitahu, permasalahan itu timbul apabila dia dan suaminya bernikah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1998.

Katanya, sindiket itu menjelaskan akan menguruskan segala urusan dalam mendapatkan surat pendaftaran pernikahan namun ternyata ia mengecewakan.

siapa yang salah? emak? bapak? atau keadaan? 

tertanya-tanya di benakku... 
sekolah ke tidak budak-budak ni? 
aduhai... 

sumber: kosmo

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.