Langkau ke kandungan utama

cintaku dimukabuku 6

6
“Ni cucu saya, nama dia Norazwa. Umurnya 6 tahun. Dia baru balik dari luar negara dengan emaknya. Sepatah cakap Melayu pun dia tak tahu. Tugas awak, Aisyah, ialah, selain mengasuh, awak kena jaga makan, minum segala-gala berkaitan cucu saya ni. Awak juga mesti ajar dia sampai dia boleh cakap Melayu. Awak faham?”

Aisyah menatap seraut wajah comel yang sedang berada dalam dakapan Puan Hanum. Anak comel itu sedang merenung dirinya tanpa tersenyum. Iyalah... baru pertama kali berjumpa, mana boleh bermesra, kan?

“Kamu ada masalah, Aisyah?” soal puan Hanum kepadanya.

Aisyah menggigit bibir. “Hmm, puan ada kamus tak? Kalau ada kamus dwibahasa english – BM, lagi baik! Nanti, kalau cik kecil ni cakap omputih dengan saya, bolehlah saya cari makna dalam kamus tu. Kalau tidak, macam mana saya nak faham apa yang dia cakap?”

Alif yang dari tadi menjadi pemerhati, tergelak kecil meraih jelingan si Aisyah kepadanya. Encik Syarif yang sesekali menyampuk tadi turut tersenyum. Senyuman melebar bila Alif mengusik gadis itu...

“Aisyah, masa periksa SPM dulu, gred English awak berapa, hah?”

Aisyah mengetap bibir. Sengaja aje nak mengenakan dirinya si Alif ni, bentak hati. Tapi, dah tanya depan bos, kenalah beritahu, kan? Perlahan-lahan jari disusun membuat angka 9.

Terbeliak mata Alif. “Gagal?” soalnya tidak percaya.

“Alah, awak tu pun bodoh jugak! Jadi budak dispatch,  tandanya, awak bukan pandai sangat, kan? Entah-entah BI awak pun kantoi!” balas Aisyah namun dia segera menutup mulutnya. Malu sungguh bila dirinya dipandang tidak berkelip-kelip oleh Encik Syarif dan Puan Hanum.

Puan Hanum segera berpaling ke arah Alif Fizwan.

“Budak dispatch? Sejak bila...”

Encik Syarif segera memotong percakapannya. “Mama, suruh Inah tunjukkan bilik Aisyah ni. Dia dah penat. Esok baru mula bertugas. Boleh macam tu, Aisyah?”

Aisyah mengangguk tanda setuju. Dia pun berasa terlalu letih. Kalau dapat ‘landing’? Hmm... seronoknya!
....................

Menjaga anak kecil yang langsung tidak memahami kata-katanya dan dia pula tidak langsung boleh berbahasa inggeris, memang menyulitkan. Selepas dua minggu, perkataan-perkataan yang sudah melekat di dalam kepala tentunya, I hate you. Bila Norazwa marah, itulah yang akan dihamburkan kepadanya. Selalu Aisyah akan balas..... akupun sama! Tapi dalam hati sahajalah.

Sebenarnya, dia bukan bencikan si kecil tetapi dia benci melihat kedegilan Awa. Pujuk, salah! Tak pujuk? Terus buat perangai. Mogok! Tak mahu makan, tak mahu minum. Namun, rasa kasihan sentiasa menghalang Aisyah daripada melantunkan kemarahan kerana dia sedar anak kecil itu sebenarnya kehausan kasih sayang. Ibu dan ayahnya sudah bercerai di England dulu. Emak Awa, Azra, jarang balik ke sini sebab ibunya, Puan Hanum selalu berleter kepadanya. Yang jadi mangsa, tentu sahaja anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu.

“Why don’t you read me a story before I sleep? Mother always did that to me, you know? I mean, when we were back there in London. Now....”

Aisyah menyeka air mata yang sedang bergenang. Tubuh kecil itu diraih ke dalam pelukannya. Rasa kasihan melihat Awa menangis membuat kelopak matanya sendiri digenangi air.

“Err.... Awa, kan kak Syah selalu bacakan kisah nabi pada Awa? Awa tidur jugak, kan walaupun kak Syah baca dalam bahasa melayu. Kan?” melihat dahi Awa yang berkerut, Aisyah menepuk dahi. “Kak Syah...I... baca...read...cerita...story?” soalnya sambil menunjukkan buku cerita di tangan.

“Baca...read?”

Aisyah senyum dan terus ketawa. Selama ini amat payah untuk Awa mengikutnya bertutur dalam BM. Cukup kental semangat penjajah itu. Tapi, selepas dua minggu, anak kecil itu mahu sebut begitu. Arghh, bestnya! Misi berjaya!

“Read book to me...baca cerita?”

“Okey, Kak Syah bacakan cerita Nabi Yunus malam ni. Kalau tak faham nanti tanya.” Begitu berkobar-kobar semangat gadis itu malam ini.

“What?” soalan itu disambut dengan jegilan kerana dia amat yakin Awa tahu erti ‘what!’

“Apa ka Syah baca... mau tidur....”

Aisyah bertepuk tangan. Gembira benar dia. Dalam tempoh dua minggu, si comel Awa sudah mahu berubah. Hmm, syukur Alhamdulillah. 

Ulasan

  1. hebat aisyah... tak sangka 2 minggu awa dah boleh ckp mel. skit..
    bakal mentua mesti happy...

    nk lagi kak

    BalasPadam
  2. Wah . Cuak ni. Tak sabar nak tahu sambungannya ~

    BalasPadam
  3. aish..
    main rahsia2 lak alif ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…