Langkau ke kandungan utama

cintaku dimukabuku 5

5
“Wow, besarnya! Ini rumah ke istana?” tanya Aisyah yang sedang berdiri di sisi kereta. Alif baru sahaja memarkir kereta itu di luar rumah agam yang menjadi kekaguman. Mata membuntang bila pintu pagar terbuka secara otomatik. 

“Ingatkan dalam drama TV aje ada rumah macam ni. Rupa-rupanya, memang wujud rumah besar, pagar bukak sendiri, ya, awak?”

Alif Fizwan tertawa kecil.

“Kenapa awak gelak? Tak baik awak gelakkan saya, tau! Mentang-mentanglah saya orang kampung...” 

Aisyah berkecil hati bila melihat lelaki itu mentertawakan dirinya. Tiba-tiba dia rasa kerdil. Tiba-tiba dia jadi takut untuk tinggal dan bekerja di dalam rumah besar ini.

“Orang kampung?” balas Alif.

“Yalah! Kita orang Kg Bahagia ni!” tukas Aisyah sambil membayangkan kampung halaman dan rumahnya di Lorong Hj Ali. Walaupun sudah dikelilingi kemodenan, masyarakat setempat masih lagi mesra alam. Lambang suasana kekampungan masih terlihat terutama ketika majlis kenduri kahwin dan kematian.

“Hmm.... tapi anak dara kampung awak ni moden, ya?”

“Mana ada?”

“Tu!” Alif menunjukkan kepala Aisya yang tidak bertudung.

Aisyah tersengih, malu sendiri bila ditegur secara halus oleh Alif. “Nanti nanti, saya pakailah...” akhirnya dia bersuara.

“Hmm, benda wajib tak baik tangguh-tangguh!” tegur Alif lagi.

“Yalah! Nanti, dapat gaji pertama, saya beli dan terus pakai tudung, ya.” Janji Aisyah. Dia kemudian diam memerhati kereta merah itu. Rasa macam pernah tengok, fikirnya. Lalu dia tunduk untuk melihat nombor plat. Eh, samalah! bisik di hati.

“Awak, dari tadi saya nak tanya. Ini kereta siapa? Saya rasa macam pernah tengok kereta ni dulu.” Ujarnya.

“Iya? Di mana?” soal Alif memandang wajah Aisyah tepat-tepat.

“Masa di restoran Seri Bayu. Saya sampai lewat sikit, kan... Masa saya berjalan kat tepi kereta ni, saya usap-usap sebab saya memang suka tengok kereta comel.”

Alif terangguk-angguk. Dia berdehem kecil lalu berkata, “Lepas tu awak cakap kat kereta ni macam gini....
“Babai...kereta, cakap pada tuan kau, dia bertuah dan mesti jaga kau baik-baik, okey!”
Aisyah ternganga. Wajah Alif  yang sedang ketawa diperhatikan dengan teliti. 

“Awak dengar?” soalnya malu-malu.

Alif Fizwan mengangguk lalu memberitahu bahawa dia sedang berdiri di kaki lima ketika itu. Jadi, setiap perbuatan orang yang lalu lalang menarik perhatiannya. Katanya juga, dia yakin bahawa dalam fikiran Aisyah ketika itu tentunya dia tidak mampu hendak memiliki kereta berjenama tersebut.

Pipi Aisyah merona merah namun dia berusaha menafikannya. “Mana ada? Saya tak pernah terfikirpun...tapi, betulkah ini kereta awak?”

“Taklah! Ini kereta Puan Hanum. Saya pinjam.”

Aisyah menggeleng-gelengkan kepala.

“Tak baiklah awak! Jangan suka meminjam-minjam. Tak elok! Mak saya cakap, kita hidup ni kenalah ukur baju kita di badan kita sendiri. Macam awak ni, kan. Tak perlu pinjam kereta puan Hanum untuk ke mana-mana. Tunggang aje motosikal buruk awak tu....Ops...”

Alif ketawa ketika dia menghampiri Aisyah. Ketawa sampai berair-air mata. Teringat kata-kata pakcik Muhamad yang menyebut bahawa Aisyah ni lurus bendul, kalau hendak mengutuk..sesedap rasa sahaja dilakukannya. Kata makcik Badariah pulak, Aisyah tak pandai sembunyi perasaan. Kalau dia hendak marah, dia marah. Kalau dia hendak gelak, dia akan gelak. Tak adanya hendak tutup keayuan....

“Mana awak tahu saya bawak motor buruk?”

“Err...”

“Aisyah, kalau saya jemput awak naik motor saya yang buruk tu, awak nak ke ikut saya ke KL ni?” tanya Alif.

“Eeii..tentulah tidak!” melihat Alif menjungkitkan kening, Aisyah cepat-cepat menyambung, “Bukan sebab motor tu buruk, awak... tapi nanti kalau saya naik motor, saya nak pegang apa? Pegang awak kan tak boleh? Gayatlah saya! Entah-entah terus saya terpelanting masuk ke dalam longkang pulak...”

Aisyah tidak pasti apakah yang menyebabkan lelaki ini ketawa terbahak-bahak. Tapi itulah yang berlaku. Entah apalah yang lucu sangat di pendengaran Alif, fikirnya.

“Cukup-cukuplah gelak tu! Bawaklah saya masuk ke dalam! Nanti, entah apa pulak yang majikan awak fikir.” Bentak Aisyah penuh geram.

“Mereka nak fikir apa? Tu, dah tak sabar-sabar nak sambut menantu tu!”

“Apa awak cakap?”

Alif tersenyum manis. “Tak ada apa-apalah. Jom! Jom saya kenalkan awak dengan majikan kita, Encik Syarif dengan Puan Hanum. Diorang pun tentu dah tak sabar-sabar nak tengok bakal.....pengasuh cucu mereka. Jom!”

Ulasan

  1. suweeet nye...
    alif ni mesti anak orang kaya..
    masak la si aisyah kena buli nanti..
    cute sgt..
    kak nak lagi......

    BalasPadam
  2. hehe..sweet la alif ngn aisyah..
    Kak Sofi the best la..nak lagi... :)

    BalasPadam
  3. @miznza84
    hehe.. thanx nza, anda sentiasa menyokong kak sofi

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…