Langkau ke kandungan utama

cintaku dimukabuku 4

4
Kedatangan Alif Fizwan ke rumahnya pada hujung minggu itu benar-benar mengejutkan Aisyah. Terkebil-kebil biji mata melihat Alif melangkah keluar daripada sebuah kereta berwarna merah yang cantik. Bila melihat dirinya, Alif terus menguntum senyum. Auww.... bikin getar dongg....

“Awak? Macam mana awak boleh jumpa rumah saya ni? Dan, kenapa pulak awak ke sini? Awak dah salah rumah ni! Rumah mak bapak Mimi dekat Taman Intan Mas, bukan kat Kg Bahagia.”

Belum sempat Alif menjawab soalan-soalan Aisyah, bapa Aisyah, Muhamad menghampiri mereka. “Dah sampai pun, kamu, Alif. Jemputlah masuk. Aisyah, pergi ke dapur buat air.”

“Ayah dah kenal Alif ni? Macam mana? Kenapa Syah tak tahu pun?” Laju Aisyah bertanya kerana dia sedang keliru dengan sambutan ayahnya terhadap tetamu yang tidak diundang ini. Matanya berkalih-kalih di antara kedua-dua lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Cara ayahnya, bagaikan dah kenal benar dengan Alif dan si Alif pula, begitu sopan menyalami tangan ayahnya.

“Hai, bukankah ayah dah beritahu yang kami dah pernah jumpa?” kerutan di dahi Aisyah tidak dipedulikan. “Dah, apa tunggu lagi tu? Cepat masuk ke dapur. Hidangkan apa yang patut. Alif datang dari jauh ni, tentu lapar!”

Rupa-rupanya Alif Fizwan datang kerana ingin membawa Aisyah ke Kuala Lumpur. Katanya, ada kerja kosong untuk Aisyah di rumah majikannya. Aisyah jadi hairan. Kenapa pula begitu mudah bapanya memberi keizinan untuk dia pergi? Mengapa begitu mudah melepaskan?

“Pergilah, Syah. Ayah kenal Encik Syarif dengan isteri dia, Puan Hanum tu. Baik orangnya.”

“Tapi,”

“Agaknya, Aisyah takut saya bawak dia lari, pakcik.”

Bulat sepasang mata Aisyah menatap wajah ceria Alif Fizwan. Berani lelaki ini bergurau dengan ayahnya? Dan, ayah? Amboi, bukan main gelak....suka!!

“Syah tak fahamlah, mak? Kenapa tiba-tiba aje dia datang nak bawak Syah pergi KL, kerja? Hisy, takutlah!” Aisyah mengadu kepada ibunya ketika di dalam bilik. Mereka sedang mengemas kain baju untuk dibawa oleh Aisyah ke Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, dah dua kali Alif datang sini. Mula-mula dulu, dia datang sorang-sorang. Masa kamu pergi ke rumah mak ngah kamu hari tu, dia bawak bos dia dengan isteri bosnya sekali. Diorang minta tolong supaya mak izinkan diorang bawak kamu ke sana. Lagipun, Syah...kerjanya bukan susahpun. Tolong jaga budak kecil umur 5 tahun aje.”

Aisyah teruja. “Jadi nanny?” tanya dia.

“Nanny? Apa ke bendanya tu?” Badariah kebingungan.

“Perempuan yang menjaga anak orang dipanggil nannylah, mak. Pengasuh! Adoiii...” dirinya dicubit oleh si ibu lagi.

“Cakap pengasuh dari tadi, kan senang! Nanny, konon! Uisy!” marah Badariah.

Ketika hendak bertolak, Muhamad berpesan kepada anaknya supaya berkelakuan baik di rumah majikannya.

“Jaga diri. Jaga kelakuan. Jaga adab. Jangan garang-garang dengan budak yang kamu asuh tu, tahu?”

Aisyah mengangguk. Tentu sahaja dia tahu. Tentu sahaja dia akan ingat pada pesanan itu.
Hmm, seronoknya dapat kembali bekerja. Taklah terperuk dalam rumah sahaja. Direnung wajah lelaki di sebelah yang sedang memandu dengan tenang itu. Senyuman disedekahkan. Di dalam hati, dia amat berterima kasih kepada Alif. Begitupun, hati tertanya-tanya, mengapa lelaki itu sanggup bersusah-payah mendapatkan dia pekerjaan ini? Kenapa bukan Mimi yang ditolong? Bukankah Mimi kekasihnya? Arghh, pelik betul bila difikir-fikirkan.    

Ulasan

  1. huhu..nak lgi en3 cinta dimukabuku kak sofi..best la... :)

    BalasPadam
  2. hihihi..
    nak lagi..
    sape alif ni sebenarnye..

    BalasPadam
  3. susah gak nak sebut tajuk cite ni.....namun cerita hasil tangan sofi mmg tak pernah mengecewakan...........

    BalasPadam
  4. hmmm....saspenlah kak..
    sapa sebenarnya alif..
    betulkah dia keja dispatch...
    akak cepatlah masukkan n3 baru...x larat nak berteka-teki dah ni...

    BalasPadam
  5. @aqilahterima kasih qilah, anda terlalu memuji

    BalasPadam
  6. ape motif si alif ni...
    btul kar dia dengan mimi..
    ke mimi saja2 nk jeleskan si syah sbb tgk si alif ni hensem..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…