Follow Us @soratemplates

29.1.11

cintaku dimukabuku 1

1
Aisyah bagaikan tidak percaya melihat imbasan wajahnya di cermin hias. Gadis di dalam cermin itu amat bergaya mengenakan baju blaus lengan panjang warna ungu muda dipadankan dengan skirt labuh warna sedondon. Wajahnya disolek, walaupun tipis sahaja namun menyerlahkan keayuan yang selama ini tersembunyi. Bibir yang dihiasi warna plum kelihatan penuh dan menggoda. Alis mata yang sedia lebat terlukis indah dan kemas.

“Hmm, kau memang cantik, Syah. Aku gerenti, Alif mesti jatuh cinta pada kau malam ni. Kalau tidak? Memang otak dia otak perempuan.”

Aisyah merenung wajah Hamimah dalam-dalam. Wajahnya serius sekali.

“Yang kau tengok aku macam nak telan tu, kenapa?” tanya Hamimah kepada Aisyah.

Mereka teman serumah. Mereka teman setempat kerja. Mereka berdua pekerja kilang Caely Girl di Teluk Intan ini. Sejak tamat belajar dan menduduki SPM 3 tahun dulu, di sinilah mereka menyara hidup, juga berusaha membantu ayah dan ibu masing-masing.

Malam ini, Aisyah ada misi yang perlu dilakukan. Dia ada temu janji. Eh, sebenarnya bukan dia yang bertemujanji, tapi Hamimah. Kisahnya begini....

Hamimah berkenalan dengan Alif melalui laman mukabuku. Di awal perkenalan 3 bulan lalu, masing-masing cuba menyelami isi hati masing-masing. Alif memberitahu Hamimah bahawa dia berumur 29 tahun, masih bujang, orangnya biasa-biasa aje dan bekerja sebagai budak ‘dispatch’. Katanya, dia amat suka dengan Hamimah. Dia pernah meminta gambar dan setelah melihat gambar itu, dia ingin bertemu pula.

Malangnya, sebaik Hamimah tahu siapa sebenarnya si Alif ini, dia jadi tawar hati. Tamolah kahwin dengan budak dispatch, bisik hatinya. Lantas, dia sengaja mengenakan Aisyah. Diletaknya gambar Aisyah di mukabuku. Dan, dia yakin, Alif dah tangkap leleh dengan si Aisyah ni sebab tidak lama kemudian, Alif ingin berjumpa dengan Aisyah yang disangkanya Hamimah.

“Mimi, apa aku nak cakap dengan si Alif ni nanti? Aku bukan biasa keluar dating macam gini. Kalau bapak aku tahu, mati aku! Lagi satu, yang kau bubuh gambar aku buat apa? Sekarang, dia ingat aku ni, kau! Kalau dia luah perasaan dia nanti, apa aku nak jawab? Takkanlah aku nak cakap yang aku pun cintakan dia sedangkan aku satu habuk tentang dia pun tak tahu! Hisy...menyesal pulak rasanya ikut cakap kau.” Ujar Aisyah panjang lebar sambil duduk di birai katil. Entah kenapa, dia rasa takut pula. Mahunya tidak! Ni, dia sedang bersubahat dengan Hamimah untuk menipu. Bukankah menipu suatu perbuatan yang tidak baik?

Hamimah segera duduk di sisi Aisyah. Geram melihat wajah yang serba salah itu.

“Kau ni, kan... aku minta tolong sikitpun tak boleh. Kau tahu yang aku terpaksa bubuh gambar kau masa tu...”

“Terpaksa?” Aisyah mengerutkan dahi.

“Iyalah... kalau letak gambar aku, tentu dia lari punya. Syah, aku tak nak kehilangan dia. Sebab tu aku tipu.” Hamimah menjelaskan.

“Tapi, Mimi...hakikatnya sekarang ialah kau memang dah tipu dia. Ni, aku menyamar jadi kau, tau! Buatnya dia ajak aku kahwin karang, macam mana?”

Hamimah tergelak kecil.

“Pandai-pandailah kau nanti, ya!”

Kata-kata yang membuat Aisyah membulatkan sepasang mata.  

8 ulasan:

  1. aduiii
    si mimi berniat nk kenakan si syah ke??
    tah2 alif tu keje bagus time tu baru menyesal...

    BalasPadam
  2. nak lagi..
    ke keje nye drebar je..
    drebar kapalterbang..
    hihihihi

    BalasPadam
  3. apa salah dengan kerja dispatch...yang penting ada kerja

    BalasPadam
  4. Intro yang menarik . Buatkan Pa'ah tertanya-tanya apa akan jadi seterusnya .

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.