apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.1.11

Cantik sangatkah bila 'berkemban' tu?

kalau anda berpakaian sexy seperti artis barat, si scarlett johansson ni, konon pakai baju ikut kesesuaian majlis, lepas tu orang kutuk2 anda di blog, di facebook di twitter, salahkah mereka yang mengutuk tu? 

kalau anda selalu pakai baju tak cukup kain macam si model kat atas ni, salahkah jika ada mulut menegur, ada tinta menyindir, ada usikan-usikan menyuruh anda bertaubat?

kenapa harus melenting bila ditegur, kenapa harus marah bila dikutuk, kenapa harus terasa bila disindir?

anda mempelawa diri anda untuk difitnah. cara anda berpakaian itu salah, memang nyata salah. 

orang kafir berkemban, anda pun berkemban juga... sedangkan sudah terang-terang anda itu seorang yang beragama islam, takkan hendak dibiarkan anda hanyut terus menerus? kan?

memang, "don't judge a book by its cover" tapi..buku lain, buku tu tak bernyawa. anda manusia, ada otak dan akal yang Allah kurniakan. kalau dah pakai macam ni....
NURSYELLA... berpakaian mengikut kesesuaian majlis
segala benda hendak ditayang? orang kutuklah.......


bagi aku, semua teguran, kritikan, kutukan, sindiran itu untuk kebaikan anda juga, bukan kerana benci, okey! 

lain kali, muhasabahlah diri. fikir lama-lama depan cermin sebelum memilih baju untuk dipakai. kalau tak mampu hendak menutup aurat pun, pakailah yang tidak mencolok mata. percayalah, anda akan merasai perbezaannya. bila orang lelaki tengok anda pun, taklah dia tengok dengan penuh nafsu. 

tak rugi jika mahu berubah cara penampilan berpakaian. hatipun pasti akan tenang semula nanti. dan tak perlulah hendak ke metro untuk buat penjelasan. 

thanks metro.

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.