apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.1.11

BUNUH ISTERI UNTUK KAYA?


kerana suka berjudi, dan ingin menang loteri, seorang lelaki Laos memberitahu polis, dia membunuh isterinya yang hamil dengan kapak. 

kenapa dia sanggup buat begitu? 

jawapannya mudah aje. sebab dia nak janin dalam kandungan isterinya itu untuk dijadikan tangkal. 

Akhbar Vientiane Times melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap sehari selepas memujuk isterinya yang berusia 24 tahun masuk ke dalam hutan di wilayah Xieng Khuang sebelum membunuhnya dengan mengapak belakang wanita itu.

kejamnya dia! sangat kejam!

Menurut laporan itu, janin berkenaan tidak ditemui.

Polis memberitahu akhbar berkenaan, lelaki itu mengaku merancang menggunakan janin berusia tiga bulan untuk membuat ‘louk lord,’ tangkal yang menurut legenda masyarakat Laos boleh memberi pemiliknya kuasa dan kekayaan. 
Pembunuh itu mengaku melakukan jenayah kejam itu tetapi enggan menyatakan di mana dia menyimpan janin berkenaan. Suspek berkata, dia diberitahu jika dia berjaya menghasilkan ‘louk lord,’ dia boleh bercakap dengan hantu untuk mendapatkan nombor loteri. Atau dia boleh menjual tangkal itu dengan harga yang amat tinggi.
kata Ketua Penyiasat, Mejar Khamsouk Phonkhamdy.


Bagaimanapun, menurut Khamsouk, setakat ini tidak jelas sama ada lelaki itu melakukan jenayah berkenaan bersendirian atau bersama rakan yang masih berusaha membuat tangkal itu. - AFP

n3 ni n3 autopublish dari  metro
sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.