apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.1.11

BUANG YANG PALSU GANTI DENGAN YANG ORI...



apa yang sering anda gunakan untuk mewangikan ruang dalam rumah? ah, ha...biasanya anda akan gunakan glade ke, ambi pur ke...segala jenama yang terdapat di pasaran, betul tak? tapi, apa yang kita kurang arif ialah bahan-bahan ini ialah campuran bahan kimia, kan? silap-silap boleh menipiskan lapisan ozon yang sudah sedia tipis itu. 

apa kata, kita berubah mulai hari ini. apa kata, kalau kita gunakan bahan-bahan wangi yang ori, semulajadi. banyak dan murah serta tak perlu bimbang pada kesan sampingannya......
1. Daun pandan 
hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.
2. Limau nipis dan kasturi 
- belah 2 dan simpan dalam peti sejuk untuk menyerap bau ikan yang busuk tu dan 
- campur kepada sabun pencuci pinggan untuk menghapuskan kotoran berminyak.
 
3. Bunga mawar 
tanamlah di halaman rumah. bunga ros tu, bila dah kembang, anda racik halus dan campur dengan daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.
4. Serai wangi 
baunya yang segar amat berguna untuk menghalau nyamuk dan serangga.
5. Bunga-bungaan 
tanam bunga-bunga ni keliling rumah. 
-bunga melur, harum sundal malam, cempaka, kenanga, kemboja, kesidang dan lili putih.

apa tunggu lagi? buang aje yang sintetik dan bahaya tu... gantikan dengan yang asli, murah dan segar. hehe....

n3 ini n3 autopublish

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.