apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.1.11

buah tembikai.....

keenakan tembikai sebenarnya seiring dengan khasiatnya. mungkin ramai yang tidak tahu jadi aku nak bagi tahu lah ni! hmm....

1. kandungan air yang tinggi menjadikan buah tersebut segar terutamanya pada musim panas. 

2. kadar kalori dalam tembikai adalah rendah menjadikannya salah satu buah yang menyihatkan.

3. kaya dengan potasium membantu menyimpan garam daripada meningkatkan tekanan darah selain mengurangkan risiko mendapat batu karang.

4. menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh memerangi jangkitan selain kaya dengan sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kanser.

5. meredakan simptom-simptom osteoartritis and rheumatoid artritis.

6. kaya dengan amti oksida penting itu juga membantu tubuh meneutralkan radikal-radikal bebas yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Kandungan anti oksida dalam tembikai juga mengurangkan risiko serangan jantung.

7. kalori yang sangat rendah menjadikannya hidangan sempurna untuk sesiapa saja yang ingin menurunkan berat badan.

8.Beta karotena dalam tembikai membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutama pada waktu malam.

jadi, kesimpulannya, makanlah tembikai selalu. hehe....


sofi

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.