Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

aku ingin membawa anda ke daerah terpencil... daerah perbincangan yang masih tertutup, namun penting. hanya ingin berkongsi.... sex atau se...

BERCERAI, PASANG TAYAR GANTI KERANA ISTERI BEKU...

By Januari 12, 2011

aku ingin membawa anda ke daerah terpencil... daerah perbincangan yang masih tertutup, namun penting. hanya ingin berkongsi....

sex atau seks, masih merupakan 'voodoo' dalam masyarakat malaysia. it is not an open topic. masih shy shy, gitu. 

baik lelaki mahupun perempuan yang mengalami masalah berkaitan sex, pastinya sukar hendak membuka mulut untuk bercerita, walaupun kepada suami atau isteri masing-masing. malah, untuk membuka pekung di dada kepada kawan-kawanpun, susahhh... kena pilih yang betul-betul boleh menyimpan rahsia, dibimbangi.. akan terbocor rahsia. siapa yang malu? sendirilah....

Tapi, kan, jika kita ada masalah di ranjang..., menyembunyikan masalah hanya akan merugikan diri sendiri, terutama perempuan.   

Okey, apakah masalah-masalah yang biasa dialami?

1.Kurangnya keinginan seksual. Dingin terhadap pasangan. Kerap memberi pelbagai alasan bila suami mengajak 'bersama'. macam-macam alasan akan diberikan. Letih, sakit kepala, pening, tak larat, banyak masalah pejabat. yalah kan, kalau dah tak mahu, tentulah  menolak dengan pelbagai alasan sehingga suami mendengus marah.  hati suami? gundahhhh.... hehe.
  
2.Ketidakmampuan untuk menjadi terangsang iaitu tidak atau hilang rasa ghairah. Bila disentuh tidak bernafsu  macam batang pisang. Walaupun sudah dirangsang oleh suami namun masih belum berasa ghairah. ni, kes teruk ni. bisa bikin panas sama itu hati suami. huhu... jaga-jaga...

3.Kurangnya orgasme, atau seksual klimaks. Klimaks sangat penting dan adalah kemuncak nikmat bersama. Jika tidak sampai kemuncak, memang akan membuat wanita jadi lesu. rasa marah pada suami yang enggan 'menunggu' pasti hadir. parah ni kalau dibiarkan. silap-silap, isteri 'pasang' lain, nauzubillah!!!

4.Kesakitan ketika melakukan hubungan seks. banyak sebabnya.
- wanita yang hendak menopaus
- wanita muda yang tidak mengeluarkan cecair walaupun sudah dirangsang oleh suami. 
- wanita yang mengidap diabetes, penyakit jantung, gangguan saraf atau gangguan hormon. 
- wanita yang makan ubat tertentu
- wanita yang stres dengan kerja
- wanita yang sentiasa cemas dan ketakutan
- wanita yang pernah dirogol sebelum berkahwin

Ia berkemungkinan kerana perubahan hormon yang berlaku di dalam tubuh. mungkin juga akibat tidak dirangsang secukupnya oleh suami. Untuk pengetahuan, wanita selalunya mengambil masa yang lebih lama untuk terangsang berbanding lelaki. suami kena sensitiflah... janganlah syok sendiri sahaja.

seks ialah perkara penting selain kewangan di alam berumahtangga. masalah ini antara penyumbang runtuhnya institusi kekeluargaan. jika anda mengalaminya, berbincanglah dengan pasangan anda. perbaikilah hubungan supaya masing-masing tahu di mana kekurangan. bukankah lebih baik berterus terang daripada makan hati berulam jantung?

fikirkanlah...

sofi

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.