apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.1.11

BENDA YANG MUNGKIN TAK DIKENALI OLEH BAYI YANG LAHIR PADA 2011


assalamualaikum dan selamat sejahtera
ni ada sesuatu yang aku rasakan anda perlu tahu. agak lucu juga bila memikirkannya. tajuknya ialah:- 
apa yang tidak mungkin dirasai, dinikmati ataupun dikenali oleh mereka yang lahir pada 2011. menarik ni.....

1. video tape
okey... ada sesiapa yang masih menonton cerita menggunakan video player? ataukah sudah menggunakan cd player? tentulah ramai yang jawab.... cd, kan? malah ada yang cakap...dua-dua pun tidak sebab download dari internet... betul tak?

2. travel agent
rasa-rasanyalah, kan? bayi yang lahir tahun ni.. perlukah kepada perkhidmatan mereka ini kira-kira 30 tahun lagi? dengan segala-galanya berada di hujung jari?

3. pejabat
sekarang, kita ramai yang bekerja dari rumah dengan pendapatan yang menarik. mungkin ruang pejabat tidak lagi perlu nanti? dan bayi 2011.... hanya tahu persekitaran rumah sebagai ruang untuk makan, rekreasi, berehat dan bekerja....

4. buku, majalah....
perlukan membaca buku bila segala pengetahuan terkumpul dalam laptop? 
fikirkanlah.......

5. jam tangan
ehhh... mungkin dah lupus dah sebab sekarangpun kita tengok betapa tepatnya masa ditunjukkan oleh smartphones..yeah?

banyak lagi... kalau berminat bacalah......sini

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.