apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.1.11

BAYAR HUTANG IBU DENGAN...

SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.
gadis ini dipelihara oleh ibu saudaranya kerana keluarganya miskin. ketika berusia 12 tahun, dia kembali ke pangkuan ibu dan ayah. tidak lama, dia dirogol oleh abangnya. selepas itu, dia menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah seorang lelaki lain. nak tahu siapa lelaki itu? 


lelaki itu ialah orang yang ibunya berhutang. dalam kata lain, si ibu berhutang, dan gadis ini membayar hutang ibu dengan menggadaikan tubuhnya.....

tak percaya? kena percaya jugak! sebab ini cerita yang tersiar di dalam akhbar. 

tapi, ada juga ibu yang begini? sedih, aku membacanya. anda? ya, aku tidak dapat hendak membayangkan diri ini jika aku berada di tempatnya. ibu sendiri melacurkan? 

aduhai.... di manakah naluri seorang ibu terhumban? jika anda ingin tahu kisah pahit gadis ini, bacalah di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.