apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.1.11

Balakong pun dah nak jadi Chow Kit?


ni, pemandangan di chow kit road, tempat favourite aku untuk lepak-lepak masa aku belajar di utm sekitar tahun 1980 hingga 1983.  masa tu seronok, naik bas mini yang laju, kejap aje sampai dari keramat ke tempat ini. tapi selepas 20 tahun, nak singgah chow kit pun rasa malas dah. 

hari tu, sebab suami ada hal, duduklah kejap di city villa. kitorang kemudian nak jalan-jalan cuci mata tapi, kan.... naik berdiri bulu roma. sana sini cakap indonesia...rasa sudah menjejakkan kaki di tanah seberang pulak.... aihh...

kebanyakan kedai di sana, yang berjualan ialah warga asing. lalu hati tertanya-tanya, apakah mereka mendapat permit ini dari DBKL? amboi, kalau sebegini mudah pihak bandaraya memberi permit berniaga, untunglah menjadi warga asing di malaysia, kan? patutlah makin ramai yang datang ke sini dan menjadi penduduk tetap. apakah kalau kita ke sana, kita akan mendapat layanan serupa?

tapi.... DBKL atau mana-mana pihak berkuasa tempatan mati-mati menafikan dakwaan mereka memberi lesen berniaga itu. kata mereka, warga tempatan yang telah diberi peluanglah, yang meng'alibaba'kan lesen perniagaan mereka. iyalah, kan..... ada lesen, dan duduk goyang kaki di rumah... cukup bulan, dapat duit, siapa yang tidak mahu, betul tak? 

lihat gambar di bawah pula.....

TUMPUAN...penduduk mendakwa perniagaan mereka terjejas akibat kehadiran peniaga asing.

suasana di balakong di mana, deretan kedai oleh majlis perbandaran kajang dimonopoli oleh warga asing dari myanmar, nepal, bangladesh, vietnam......hmm, apakah alasan serupa akan diberi? MPK tidak tahu menahu dan mungkin lesen berniaga milik warga tempatan?

sedar-sedarlah diri wahai anda yang menggadaikan maruah, lesen, segala... hanya kerana wang. tidak kiralah siapa anda....
JANGAN SAMPAI DI SUATU HARI, KITA MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI.
sofi

2 ulasan:

  1. sekarang saya takut nak g chow kit.. ramai sangat warga asing..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.