Langkau ke kandungan utama

BAIKKAH ATAU BODOHKAH?

cuba anda baca kisah yang aku petik di dalam metro ini. 
SUAMI saya pernah marah secara tidak sengaja kerana menegurnya bergurau dengan menyucuk di rusuk saya. Disebabkan teguran itu, suami tidak bertegur sapa dengan saya sudah melebihi tiga tahun.
Sejak setahun lalu, dia juga tidak bertegur sapa dengan anak-anak selain tidak memberi sebarang nafkah zahir dan batin kepada saya. Namun saya tetap bersabar kerana menganggap satu dosa besar jika memohon untuk bercerai. Seluruh keluarga saya cuba menasihatinya tetapi gagal. Dia tetap dengan pendiriannya dan sering memberi dalil daripada surah al-Quran.
Suami pernah berhasrat mahu memperisterikan perempuan lain disebabkan bencikan saya. Tetapi dengan kuasa Allah hasrat itu tidak kesampaian.
Saya mencuba pelbagai cara untuk berdamai.
Adakah jatuh talak jika suami tidak menjalankan tanggungjawab selama tiga tahun terhadap isteri dan anak-anak?
Adakah anak-anak saya berdosa kerana membenci perubahan perangainya?
Saya keliru sebab saya pernah membaca isteri yang menuntut cerai daripada suami akan dimurkai Allah dan tidak akan dapat ke syurga. 


aku lagi keliru memikirkan sikap suami dan isteri ini. 3 tahun tak bertegur sapa? 3 hari pun dah dimurkai Allah, ini kan pula 3 tahun? pelik!! 


institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang istimewa. hubungan antara ibu dan ayah serta kemesraan yang terjalin di antara kedua-duanya dilihat dan dirasai anak-anak. begitu juga sebaliknya. 


janganlah buat perangai buruk dan menganggap 'tidak apa'. ini hal orang-orang tua, budak-budak tak faham.... salah tu!! kemesraan atau kebencian antara ibu dan ayah dapat dirasai anak-anak. mereka turut gembira melihat ibubapanya bahagia dan akan sedih serta kecewa bila hubungan kasih sayang ayah dan ibu hilang. sukakah melihat anak-anak memberontak dalam diam?


kenapa agaknya si isteri begitu lambat mengambil tindakan? membiarkan suasana hambar melebihi 3 tahun dengan alasan tidak munasabah. memang benar, kalau isteri minta cerai, bergegarlah tiang arasy tetapi, kalau sikap suami macam yang diceritakan, takkan nak berdiam diri aje? 


pelik! dan aku geram! geram!


emo lagi.....


sofi

Ulasan

  1. haishhh tak tahu nak cakap ape..benda pelik2 yang kadang2 tak terlintas kat mind berlaku..

    BalasPadam
  2. memang setuju dgn pendapat awak tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…