Langkau ke kandungan utama

AWET MUDA

assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bagi anda yang berumur lewat 30-an.... pernah tak anda belek-belek wajah anda di dalam cermin? tak pernah? ello... pergi tengok dan belek sekarang jugak... hehe..


jangan marah , okey. aku melawak aje tu. tapi, kan, serius..bila kita tengok di cermin, kan...sebagai seorang perempuan, kita pasti bercakap-cakap sendiri jugak, kan? 


alah, nampak cengkunglah pipi ni..
alah, mata ni dah pandai ada lingkaran hitam pulak dah...
isy, banyaknya kedut kat keliling bibir ni...
dan kemuncaknya...
adoyaiiii... banyaknya uban kat atas kepala aku ni haa....


haha...
itulah tanda-tanda penuaan dan cuba anda beritahu aku, adakah sesiapa di antara kita ini yang mampu melepaskan diri dari menjadi tua? 

tidak, kan? sebab itu, untuk kelihatan muda, selalunya disebut awet muda, ramai yang mula menggunakan botox. tapi, semua orang tahu bahaya penggunaan botox. harap anda pun tahu jugak. 

sebenarnya kan, untuk nampak lebih muda daripada usia sebenar, bukan susah pun. kalau ikut petua pelakon jelita, sarimah, air sembahyang adalah ubat awet muda paling mujarab di samping banyakkan minum air suam kosong. 

dan, di bawah ini, aku berikan sebab dan apa perlu anda buat agar pipi tu tak jatuh,  dan tubuh tidaklah menggeleber sangat.

dalam tubuh kita ni ada sejenis hormon yang berkait rapat dengan awet muda. nama hormon tu, estrogen. semakin kita tua, semakin ia berkurang. jadi...

tambahkan hormon yang sudah banyak hilang itu. hormon wanita yang sudah berkurangan ini perlu diganti, kalau tidak, tu yang kulit nampak gelap tu. 

maknanya, kena biasa amalkan pengambilan evening primrose, kalau mampu. atau carilah vitamin/ multivitamin yang dapat meningkatkan kadar pengeluaran hormon.

kalau x mampu sebab evening primrose tu mahal? 

alah, makan aje jamu. ada banyak jenama jamu dalam pasaran. pilih aje....

kenapa perlu awet muda? 

hisy, bukan nak lawan lumrah alam, ya! just so that bila kita berjalan di samping si dia, orang tak tertanya-tanya di dalam hati dia begini....
hisy, itu isteri dia ke, kakak dia? :)
sumber >> utusan 


sofi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…