apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.1.11

awak kot yang sengaja mencari pasal??

kucoretkan di sini rasa terkilan dan sedih serta simpati yang tidak terhingga kepada seorang gadis yang telah dipukul, dirompak, dirogol dan diliwat semalam. kasihan sungguh kepadanya yang di dalam laporan polis menyatakan bahawa 3 lelaki telah menyerbunya ketika dia keluar dari kereta. 

di manakah peri kemanusiaan? di manakah kewarasan? begitu mudah insan-insan berhati binatang ini lepas bebas melakukan wanita sewenang-wenang. 

gadis itu baru sampai dari ulu yam, balik dari rumah keluarganya, berseorangan. inilah masalahnya pula. sebab itu patuhilah landasan yang telah islam tetapkan. anak gadis tidak boleh bermusafir seorang diri..... dibimbangi timbul fitnah. dibimbangi diri dicerobohi... inilah yang islam cuba lindungi... janganlah anda, wanita menzalimi diri anda sendiri. penting ni....

okey, balik ke kisah tadi. ketika gadis itu mahu keluar dari kereta, 3 lelaki ini telah menolaknya masuk semula ke dalam dan dirinya sudah dipukul bertujuan melemahkannya. mereka kemudian memandu dan pergi ke bank, keluarkan duit sebelum terus ke bentong di mana, gadis itu kemudian dirogol dan diliwat. 

dia kemudian lari dan diselamatkan lalu membuat laporan polis. 

jadi, wahai gadis-gadis.... ingatlah, jangan keluar malam, jangan keluar sorang-sorang dan jangan dedahkan diri kepada apa-apa juga ruang dan peluang untuk diterjah....hmm. 

baca  :   sini
gambar tu ehsan ujangmym.blogspot.com

sofi

4 ulasan:

  1. err... tak pandai jaga diri kot??

    BalasPadam
  2. pada waktu begitu,.....mmg lebih pada bahaya................

    BalasPadam
  3. @aqilah
    itulah... anak dara janganlah berani sangat, kan?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.