APA ADA PADA LELAKI TUA YANG KAYA?

seorang datuk, atau tan sri atau lelaki berusia 50an yang bergaya dan memiliki harta serta wang ringgit, sering menjadi buruan gadis-gadis muda yang tamak ataupun yang ingin menjalani hidup mewah tanpa perlu bersusah payah. 

bagaimanapun, banyak yang kita lihat atau dengar betapa, keghairahan mengejar harta dan lelaki berpangkat seperti itu hanya akan disusuli dengan perkara-perkara yang tidak baik kemudiannya, seperti perceraian. kisah di bawah perlu dijadikan iktibar. 


pada usia muda, seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akhirnya berdepan bahana dibuang suaminya seperti sampah. lebih memilukan, suaminya, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar di ibu kota mula mengabaikannya ketika dia sarat hamil anak pertama.


Siswi yang dikenali sebagai Suzie, 20-an, amat terkejut dengan sikap suaminya yang tidak mahu mengakuinya isteri yang sah, malah bersikap seperti mereka tidak pernah kenal selepas menjejaki lelaki bergelar Datuk berusia 50-an itu di pejabatnya.


Mendedahkan kepincangan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, siswi terbabit, pelajar tahun tiga sebuah universiti awam berasal dari sebuah kampung di pantai timur. 
Apabila berjinak-jinak dalam persatuan mahasiswa dan bertemu ramai pihak di pelbagai syarikat bagi tujuan persatuan, dia teruja untuk mendekati golongan berpangkat sehingga terpaut dengan seorang CEO menyebabkan hubungan mereka makin rapat. 
Enam bulan kemudian, dia memutuskan untuk berkahwin dengan Datuk terbabit, namun ibu bapanya di kampung membantah dengan alasan dia perlu menyelesaikan pengajian di universitinya terlebih dulu. Pada masa sama, dia digula-gulakan dengan aneka barang mewah membuatkannya gelap mata dan nekad melawan cakap ibu bapa. Mereka kemudian berkahwin di negara jiran kerana tidak mendapat restu keluarga. 
kini, setelah dibuang, ibu muda itu sanggup datang peguam tersebut di ibu kota walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan, semata-mata mahu meminta bantuan bagi mendapatkan pembelaan. lelaki ceo itu berani bertindak macam tu kerana perkahwinan mereka di negara jiran tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama di negara ini. itulah pasal! percaya sangat dengan buaya tembaga tu!!!
Dia memang mendesak suaminya melakukan pendaftaran, tapi pelbagai alasan diberikan. Suaminya mula tidak mengendahkannya selepas mengetahui dia hamil dan tidak dapat lagi mengikuti kuliah. Sikap dingin suaminya tidak habis begitu saja, malah bayaran sewa kondominium mewah yang dihuninya tidak dibayar lagi, bahkan kemewahan lain termasuk kereta yang diberikan, konon atas dasar cinta sebelum ini ditarik balik.
Selepas mendapatkan persetujuan wanita itu, satu permohonan cerai taklik telah difailkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Buat masa ini, wanita itu sedang menunggu sebutan pertama kes yang dijangka pada bulan depan.


jadi, berhati-hatilah.....


sumber :harian metro


sofi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen