apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.1.11

anak dihalau untuk tinggal dalam pembetung konkrit

kalau anda fikir, ibu tiri sahaja akan bertindak kejam terhadap anak.... anda silap. bukankah sudah banyak kisah yang terpapar di dada akhbar menunjukkan betapa, ibu kandung....wanita yang bersusah payah membawa perut ke hujung, ke pangkal, menahan loya, menahan muntah, alah... selama sembilan bulan, kini, adalah manusia-manusia kejam berhati binatang?

contoh ada di sekeliling kita. ibu yang mendera anak bersama-sama teman lelakinya....... ibu yang menikam bayi yang baru dilahirkannya...... dan terkini, ibu menghalau anak, menantu dan cucu sehingga 5 beranak itu terpaksa tinggal dalam pembetung konkrit di taman permainan.

mengapa si ibu sanggup buat macam gitu?

menurut cerita si anak lelaki.....ibunya marah sebab dia tidak mampu melunaskan sewa rumah selama 2 bulan malah dia juga tidak dapat hendak membeli barang keperluan rumah.

sukar dipercayai tetapi ini ialah satu kenyataan. peristiwa ini berlaku di johor. bacalah di sini.

sofi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.