apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.1.11

AKU NI POLIS KE PRAMUGARA?

di bangsar, seorang pramugara menyamar polis. ops, tak seronok ke jadi pramugara? peliklah pulak! antara polis dengan pramugara, yang mana satu yang lebih glamour, ya? hehe... 

tapi ini cerita dari kosmo. bukan bohong tentunya, kan? 

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan selepas polis menyerbu sebuah kondominium di Bangsar Heights pada pukul 4 petang semalam. Jurucakap polis berkata, sebelum ditahan, pramugara itu dikatakan telah datang ke kondominium itu pada pukul 1 petang dengan memandu kereta Toyota Vios.

"Suspek ditegur oleh pengawal keselamatan selepas dia meletakkan kenderaannya di kawasan larangan. Namun, suspek bukan saja enggan mengalihkan keretanya malah menunjukkan sekeping kad kuasa yang mempunyai lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepucuk pistol disisip di pinggang dan sepasang gari kepada pengawal keselamatan itu,"

Macam-macam. manusia tak pernah tahu bersyukur, kan? terimalah akibat hendak jadi polis sangat! kan dah?

sofi geleng kepala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.