Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

antara lelaki-lelaki yang menjadi kegilaan perempuan ialah lelaki yang pandai bergurau. yang bisa buat wanita ketawa ketika mereka berdua-du...

AKU NAK TOLONG PROMOT AZNIL, BOLEH?

By Januari 15, 2011

antara lelaki-lelaki yang menjadi kegilaan perempuan ialah lelaki yang pandai bergurau. yang bisa buat wanita ketawa ketika mereka berdua-duaan malah ada yang menyatakan, lelaki sebegini berada di 'ranking' nombor 1.

entah kenapa, bila kriteria begitu disebut, maka wajah kat sebelah ni muncul. apakah aznil seorang lelaki yang suka melawak? 

entahlah, aku tak kenal dia pun tapi, setahu aku, bila dia di akademi fantasia, aku tunggu rancangan tu sebab nak tengok dia dan gelagatnya, selamba tapi lucu. bila orang lain tu ambil alih? langsung! bukak pun tidak. hmm...

baca soalan seseorang pada dia di twitter, menyebabkan aku buat entri ni. 

soalan: bila nak cari Mak Nil?

apa aznil jawab?
Pak Nil tidak pernah mencari cinta atau menidakkan cinta. Pak Nil percaya kalau ada jodoh, pasti Pak Nil akan naik pelamin dan melalui kehidupan berumah tangga semula. Pak Nil tidak pernah tutup pintu hati untuk tujuan itu. Lagipun usia Pak Nil makin tua dan anak makin membesar. Mereka juga bakal mempunyai kehidupan sendiri dan tentu Pak Nil memerlukan teman hidup ketika itu. Jadi doa-doakanlah semoga Pak Nil ditemukan jodoh dengan orang yang baik-baik.
wah, pada anda yang sangat-sangat minat pada aznil... ada can ni. cuba-cubalah mengorat dia. mana tau... kot-kot andalah yang berjaya membuka pintu hatinya, kan? siapa tahu.....

sofi.

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.