apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.1.11

Akibat berpesta seks di Tahun Baru dan Hari Merdeka

di terengganu, pada mei, 2010, kadar kelahiran bayi tidak sah taraf ialah 72 orang. sementara pada september, 2010 terdapat 60 kelahiran juga melibatkan anak tak sah taraf.  

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru - kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

jumlah keseluruhan kelahiran anak tak sah taraf di terengganu pada 2010 ialah 623 kes. amat menggerunkan, kan? dan nak tahu? majoritinya beribukan....... wanita islam!!!

ini menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik, amat kronik!

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, 
“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah.” 
ibu-ibu, bapa-bapa...
ini tanggungjawab kita. kita yang membentuk anak kerana ketika mereka lahir, anak-anak ibarat kain putih. kalau mereka tidak berpendidikan agama, kitalah yang tidak mengajarnya. kalau mereka biadap, kitalah yang kurang adabnya, kalau mereka melahirkan anak luar nikah, mengamalkan seks bebas, kitalah yang menyebabkan mereka terlibat dalam seks bebas. anak-anak adalah amanah! jangan sampai kita menangis bila mereka memalukan kita....

baca sini untuk kepastian...

sofi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.