Follow Us @soratemplates

31.1.11

Ariel peterpan ke penjara akhirnya

Januari 31, 2011 0 Comments

akhirnya...... Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp 250 juta atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung hari ini, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca Ketua Hakim di mahkamah yang penuh sesak dengan peminat dan wartawan. selama ni, perbicaraan dibuat secara tertutup. bila mendengar keputusan hakim tu, ada peminat ariel, menangis. sedih sangat.....

hukuman tu kira ringan saja. bagaimana dengan hukuman di akhirat sana? pernah terfikir? 3 tahun bukannya lama. pejam celik...dah..bebas! lepas tu? kalau insaf, alhamdulillah. kalau tidak? entahlah...

pelik betul diorang ni. dah popular, banyak peminat, banyak duit tapi...

anda sambunglah sendiri.

sofi

cintaku dimukabuku 6

Januari 31, 2011 6 Comments
6
“Ni cucu saya, nama dia Norazwa. Umurnya 6 tahun. Dia baru balik dari luar negara dengan emaknya. Sepatah cakap Melayu pun dia tak tahu. Tugas awak, Aisyah, ialah, selain mengasuh, awak kena jaga makan, minum segala-gala berkaitan cucu saya ni. Awak juga mesti ajar dia sampai dia boleh cakap Melayu. Awak faham?”

Aisyah menatap seraut wajah comel yang sedang berada dalam dakapan Puan Hanum. Anak comel itu sedang merenung dirinya tanpa tersenyum. Iyalah... baru pertama kali berjumpa, mana boleh bermesra, kan?

“Kamu ada masalah, Aisyah?” soal puan Hanum kepadanya.

Aisyah menggigit bibir. “Hmm, puan ada kamus tak? Kalau ada kamus dwibahasa english – BM, lagi baik! Nanti, kalau cik kecil ni cakap omputih dengan saya, bolehlah saya cari makna dalam kamus tu. Kalau tidak, macam mana saya nak faham apa yang dia cakap?”

Alif yang dari tadi menjadi pemerhati, tergelak kecil meraih jelingan si Aisyah kepadanya. Encik Syarif yang sesekali menyampuk tadi turut tersenyum. Senyuman melebar bila Alif mengusik gadis itu...

“Aisyah, masa periksa SPM dulu, gred English awak berapa, hah?”

Aisyah mengetap bibir. Sengaja aje nak mengenakan dirinya si Alif ni, bentak hati. Tapi, dah tanya depan bos, kenalah beritahu, kan? Perlahan-lahan jari disusun membuat angka 9.

Terbeliak mata Alif. “Gagal?” soalnya tidak percaya.

“Alah, awak tu pun bodoh jugak! Jadi budak dispatch,  tandanya, awak bukan pandai sangat, kan? Entah-entah BI awak pun kantoi!” balas Aisyah namun dia segera menutup mulutnya. Malu sungguh bila dirinya dipandang tidak berkelip-kelip oleh Encik Syarif dan Puan Hanum.

Puan Hanum segera berpaling ke arah Alif Fizwan.

“Budak dispatch? Sejak bila...”

Encik Syarif segera memotong percakapannya. “Mama, suruh Inah tunjukkan bilik Aisyah ni. Dia dah penat. Esok baru mula bertugas. Boleh macam tu, Aisyah?”

Aisyah mengangguk tanda setuju. Dia pun berasa terlalu letih. Kalau dapat ‘landing’? Hmm... seronoknya!
....................

Menjaga anak kecil yang langsung tidak memahami kata-katanya dan dia pula tidak langsung boleh berbahasa inggeris, memang menyulitkan. Selepas dua minggu, perkataan-perkataan yang sudah melekat di dalam kepala tentunya, I hate you. Bila Norazwa marah, itulah yang akan dihamburkan kepadanya. Selalu Aisyah akan balas..... akupun sama! Tapi dalam hati sahajalah.

Sebenarnya, dia bukan bencikan si kecil tetapi dia benci melihat kedegilan Awa. Pujuk, salah! Tak pujuk? Terus buat perangai. Mogok! Tak mahu makan, tak mahu minum. Namun, rasa kasihan sentiasa menghalang Aisyah daripada melantunkan kemarahan kerana dia sedar anak kecil itu sebenarnya kehausan kasih sayang. Ibu dan ayahnya sudah bercerai di England dulu. Emak Awa, Azra, jarang balik ke sini sebab ibunya, Puan Hanum selalu berleter kepadanya. Yang jadi mangsa, tentu sahaja anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu.

“Why don’t you read me a story before I sleep? Mother always did that to me, you know? I mean, when we were back there in London. Now....”

Aisyah menyeka air mata yang sedang bergenang. Tubuh kecil itu diraih ke dalam pelukannya. Rasa kasihan melihat Awa menangis membuat kelopak matanya sendiri digenangi air.

“Err.... Awa, kan kak Syah selalu bacakan kisah nabi pada Awa? Awa tidur jugak, kan walaupun kak Syah baca dalam bahasa melayu. Kan?” melihat dahi Awa yang berkerut, Aisyah menepuk dahi. “Kak Syah...I... baca...read...cerita...story?” soalnya sambil menunjukkan buku cerita di tangan.

“Baca...read?”

Aisyah senyum dan terus ketawa. Selama ini amat payah untuk Awa mengikutnya bertutur dalam BM. Cukup kental semangat penjajah itu. Tapi, selepas dua minggu, anak kecil itu mahu sebut begitu. Arghh, bestnya! Misi berjaya!

“Read book to me...baca cerita?”

“Okey, Kak Syah bacakan cerita Nabi Yunus malam ni. Kalau tak faham nanti tanya.” Begitu berkobar-kobar semangat gadis itu malam ini.

“What?” soalan itu disambut dengan jegilan kerana dia amat yakin Awa tahu erti ‘what!’

“Apa ka Syah baca... mau tidur....”

Aisyah bertepuk tangan. Gembira benar dia. Dalam tempoh dua minggu, si comel Awa sudah mahu berubah. Hmm, syukur Alhamdulillah. 

pelajar malaysia di 'gang-raped'. hulurkan rasa simpati anda!

Januari 31, 2011 0 Comments
400yahoo_bellerbys
ini berita yang menggemparkan dan tentu sekali amat menyedihkan. walaupun aku bukan ahli keluarga mangsa, namun aku turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya. 
akhbar tabloid british, the sun melaporkan bahawa seorang pelajar malaysia berusia 18 tahun, telah dirogol secara beramai-ramai oleh 7 orang lelaki rusia yang mengaku diri mereka pelajar di Bellerbys College in Greenwich, South London. pelajar malang itu bukan setakat dirogol setelah diberi 'dadah' malah gambar sewaktu kejadian turut dirakamkan. 
bagaimanapun, yang pasti, sebenarnya, salah seorang perogol itu bernama Oleg Vladimirvich Ivanov, 23 dan dia ialah seorang pegawai perisik untuk Polis Moscow. Oleg sudahpun didakwa! 
peristiwa malang ini berlaku 2 minggu lalu semasa pelajar-pelajar pengajian bahasa inggeris kolej tersebut berparti. nasib baik, iPhone yang digunakan untuk merakam kejadian itu sudah dirampas oleh polis britain.
Ivanov dan 3 lagi lelaki Gregory Andreev Melnikov, 22, Norayr Davtyan, 25, dan Arnen Simonay, 26, sudahpun didakwa di the Woolwich Magistrates’ Court pada selasa dan rabu lepas. 4 orang lagi masih direman.
mangsa kini trauma. memang kasihan. dia masih terlalu muda. sampai betul hati manusia yang sanggup buat dia macam tu!  
wahai kementerian pengajian tinggi... tolonglah uruskan pemergian ibu dan ayah anak malang ini ke sana kerana semestinya, dia sangat-sangat memerlukan mereka sekarang ini!
bacalah di sini.
sofi

jalan pantai dalam yang sesak dan sempit. mau gaduh ka...??

Januari 31, 2011 0 Comments
SEMPIT...pemandu bas terpaksa memberhentikan kenderaan di tengah jalan raya untuk mengambil dan menurunkan penumpang akibat jalan yang terlalu sempit.
pernahkah anda melewati Jalan Bukit Angkasa, Pantai Dalam? 

orang-orang yang tinggal di kawasan itu pasti tahu dan sentiasa mengeluh bila hendak keluar rumah atau hendak balik. deretan kenderaan yang diletak sesuka hati di kiri dan kanan jalan terutama ketika waktu puncak adalah perkara yang menyakitkan hati sehingga boleh mencetuskan pergaduhan di kalangan pengguna jalan raya.

keadaan jadi lebih teruk jika kesesakan itu disebabkan oleh bas awam yang melalui kawasan terbabit memberhentikan kenderaan di tengah jalan raya untuk mengambil dan menurunkan penumpang ekoran laluan yang amat sempit.

sudahlah jalan sempit, ada pulak yang 'ngong' pi letak kenderaan mereka sesuka hati di bahagian tepi jalan raya mengakibatkan laluan sentiasa sibuk dan menyebabkan risiko berlaku kemalangan bertambah. kejadian ni bukan baru malah dah bertahun-tahun dah. mungkin kerana kepesatan pertumbuhan kawasan berkenaan yang membuatkan jumlah penduduk meningkat sekali gus menjadikan kawasan itu penuh sesak saban hari.

masalah meletakkan kenderaan sesuka hati menyebabkan terjadi pergaduhan kecil antara penduduk di kawasan itu walaupun perkara itu sudah beberapa kali dibincangkan bersama persatuan penduduk, tetapi sehingga kini belum menemui penyelesaian terbaik kerana ia bukan saja membabitkan penduduk, tetapi juga orang awam.

sesiapa yang terlibat, juga organisasi-organisasi terbabit, segeralah ambil tindakan. buatlah apa yang patut tapi dengan kadar segera supaya tiada nyawa akan terkorban atau tidak berlaku pergaduhan besar hanya untuk berebut tempat parkir. 

sumber: metro

sofi

cintaku dimukabuku 5

Januari 31, 2011 4 Comments
5
“Wow, besarnya! Ini rumah ke istana?” tanya Aisyah yang sedang berdiri di sisi kereta. Alif baru sahaja memarkir kereta itu di luar rumah agam yang menjadi kekaguman. Mata membuntang bila pintu pagar terbuka secara otomatik. 

“Ingatkan dalam drama TV aje ada rumah macam ni. Rupa-rupanya, memang wujud rumah besar, pagar bukak sendiri, ya, awak?”

Alif Fizwan tertawa kecil.

“Kenapa awak gelak? Tak baik awak gelakkan saya, tau! Mentang-mentanglah saya orang kampung...” 

Aisyah berkecil hati bila melihat lelaki itu mentertawakan dirinya. Tiba-tiba dia rasa kerdil. Tiba-tiba dia jadi takut untuk tinggal dan bekerja di dalam rumah besar ini.

“Orang kampung?” balas Alif.

“Yalah! Kita orang Kg Bahagia ni!” tukas Aisyah sambil membayangkan kampung halaman dan rumahnya di Lorong Hj Ali. Walaupun sudah dikelilingi kemodenan, masyarakat setempat masih lagi mesra alam. Lambang suasana kekampungan masih terlihat terutama ketika majlis kenduri kahwin dan kematian.

“Hmm.... tapi anak dara kampung awak ni moden, ya?”

“Mana ada?”

“Tu!” Alif menunjukkan kepala Aisya yang tidak bertudung.

Aisyah tersengih, malu sendiri bila ditegur secara halus oleh Alif. “Nanti nanti, saya pakailah...” akhirnya dia bersuara.

“Hmm, benda wajib tak baik tangguh-tangguh!” tegur Alif lagi.

“Yalah! Nanti, dapat gaji pertama, saya beli dan terus pakai tudung, ya.” Janji Aisyah. Dia kemudian diam memerhati kereta merah itu. Rasa macam pernah tengok, fikirnya. Lalu dia tunduk untuk melihat nombor plat. Eh, samalah! bisik di hati.

“Awak, dari tadi saya nak tanya. Ini kereta siapa? Saya rasa macam pernah tengok kereta ni dulu.” Ujarnya.

“Iya? Di mana?” soal Alif memandang wajah Aisyah tepat-tepat.

“Masa di restoran Seri Bayu. Saya sampai lewat sikit, kan... Masa saya berjalan kat tepi kereta ni, saya usap-usap sebab saya memang suka tengok kereta comel.”

Alif terangguk-angguk. Dia berdehem kecil lalu berkata, “Lepas tu awak cakap kat kereta ni macam gini....
“Babai...kereta, cakap pada tuan kau, dia bertuah dan mesti jaga kau baik-baik, okey!”
Aisyah ternganga. Wajah Alif  yang sedang ketawa diperhatikan dengan teliti. 

“Awak dengar?” soalnya malu-malu.

Alif Fizwan mengangguk lalu memberitahu bahawa dia sedang berdiri di kaki lima ketika itu. Jadi, setiap perbuatan orang yang lalu lalang menarik perhatiannya. Katanya juga, dia yakin bahawa dalam fikiran Aisyah ketika itu tentunya dia tidak mampu hendak memiliki kereta berjenama tersebut.

Pipi Aisyah merona merah namun dia berusaha menafikannya. “Mana ada? Saya tak pernah terfikirpun...tapi, betulkah ini kereta awak?”

“Taklah! Ini kereta Puan Hanum. Saya pinjam.”

Aisyah menggeleng-gelengkan kepala.

“Tak baiklah awak! Jangan suka meminjam-minjam. Tak elok! Mak saya cakap, kita hidup ni kenalah ukur baju kita di badan kita sendiri. Macam awak ni, kan. Tak perlu pinjam kereta puan Hanum untuk ke mana-mana. Tunggang aje motosikal buruk awak tu....Ops...”

Alif ketawa ketika dia menghampiri Aisyah. Ketawa sampai berair-air mata. Teringat kata-kata pakcik Muhamad yang menyebut bahawa Aisyah ni lurus bendul, kalau hendak mengutuk..sesedap rasa sahaja dilakukannya. Kata makcik Badariah pulak, Aisyah tak pandai sembunyi perasaan. Kalau dia hendak marah, dia marah. Kalau dia hendak gelak, dia akan gelak. Tak adanya hendak tutup keayuan....

“Mana awak tahu saya bawak motor buruk?”

“Err...”

“Aisyah, kalau saya jemput awak naik motor saya yang buruk tu, awak nak ke ikut saya ke KL ni?” tanya Alif.

“Eeii..tentulah tidak!” melihat Alif menjungkitkan kening, Aisyah cepat-cepat menyambung, “Bukan sebab motor tu buruk, awak... tapi nanti kalau saya naik motor, saya nak pegang apa? Pegang awak kan tak boleh? Gayatlah saya! Entah-entah terus saya terpelanting masuk ke dalam longkang pulak...”

Aisyah tidak pasti apakah yang menyebabkan lelaki ini ketawa terbahak-bahak. Tapi itulah yang berlaku. Entah apalah yang lucu sangat di pendengaran Alif, fikirnya.

“Cukup-cukuplah gelak tu! Bawaklah saya masuk ke dalam! Nanti, entah apa pulak yang majikan awak fikir.” Bentak Aisyah penuh geram.

“Mereka nak fikir apa? Tu, dah tak sabar-sabar nak sambut menantu tu!”

“Apa awak cakap?”

Alif tersenyum manis. “Tak ada apa-apalah. Jom! Jom saya kenalkan awak dengan majikan kita, Encik Syarif dengan Puan Hanum. Diorang pun tentu dah tak sabar-sabar nak tengok bakal.....pengasuh cucu mereka. Jom!”

30.1.11

cintaku dimukabuku 4

Januari 30, 2011 10 Comments
4
Kedatangan Alif Fizwan ke rumahnya pada hujung minggu itu benar-benar mengejutkan Aisyah. Terkebil-kebil biji mata melihat Alif melangkah keluar daripada sebuah kereta berwarna merah yang cantik. Bila melihat dirinya, Alif terus menguntum senyum. Auww.... bikin getar dongg....

“Awak? Macam mana awak boleh jumpa rumah saya ni? Dan, kenapa pulak awak ke sini? Awak dah salah rumah ni! Rumah mak bapak Mimi dekat Taman Intan Mas, bukan kat Kg Bahagia.”

Belum sempat Alif menjawab soalan-soalan Aisyah, bapa Aisyah, Muhamad menghampiri mereka. “Dah sampai pun, kamu, Alif. Jemputlah masuk. Aisyah, pergi ke dapur buat air.”

“Ayah dah kenal Alif ni? Macam mana? Kenapa Syah tak tahu pun?” Laju Aisyah bertanya kerana dia sedang keliru dengan sambutan ayahnya terhadap tetamu yang tidak diundang ini. Matanya berkalih-kalih di antara kedua-dua lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Cara ayahnya, bagaikan dah kenal benar dengan Alif dan si Alif pula, begitu sopan menyalami tangan ayahnya.

“Hai, bukankah ayah dah beritahu yang kami dah pernah jumpa?” kerutan di dahi Aisyah tidak dipedulikan. “Dah, apa tunggu lagi tu? Cepat masuk ke dapur. Hidangkan apa yang patut. Alif datang dari jauh ni, tentu lapar!”

Rupa-rupanya Alif Fizwan datang kerana ingin membawa Aisyah ke Kuala Lumpur. Katanya, ada kerja kosong untuk Aisyah di rumah majikannya. Aisyah jadi hairan. Kenapa pula begitu mudah bapanya memberi keizinan untuk dia pergi? Mengapa begitu mudah melepaskan?

“Pergilah, Syah. Ayah kenal Encik Syarif dengan isteri dia, Puan Hanum tu. Baik orangnya.”

“Tapi,”

“Agaknya, Aisyah takut saya bawak dia lari, pakcik.”

Bulat sepasang mata Aisyah menatap wajah ceria Alif Fizwan. Berani lelaki ini bergurau dengan ayahnya? Dan, ayah? Amboi, bukan main gelak....suka!!

“Syah tak fahamlah, mak? Kenapa tiba-tiba aje dia datang nak bawak Syah pergi KL, kerja? Hisy, takutlah!” Aisyah mengadu kepada ibunya ketika di dalam bilik. Mereka sedang mengemas kain baju untuk dibawa oleh Aisyah ke Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, dah dua kali Alif datang sini. Mula-mula dulu, dia datang sorang-sorang. Masa kamu pergi ke rumah mak ngah kamu hari tu, dia bawak bos dia dengan isteri bosnya sekali. Diorang minta tolong supaya mak izinkan diorang bawak kamu ke sana. Lagipun, Syah...kerjanya bukan susahpun. Tolong jaga budak kecil umur 5 tahun aje.”

Aisyah teruja. “Jadi nanny?” tanya dia.

“Nanny? Apa ke bendanya tu?” Badariah kebingungan.

“Perempuan yang menjaga anak orang dipanggil nannylah, mak. Pengasuh! Adoiii...” dirinya dicubit oleh si ibu lagi.

“Cakap pengasuh dari tadi, kan senang! Nanny, konon! Uisy!” marah Badariah.

Ketika hendak bertolak, Muhamad berpesan kepada anaknya supaya berkelakuan baik di rumah majikannya.

“Jaga diri. Jaga kelakuan. Jaga adab. Jangan garang-garang dengan budak yang kamu asuh tu, tahu?”

Aisyah mengangguk. Tentu sahaja dia tahu. Tentu sahaja dia akan ingat pada pesanan itu.
Hmm, seronoknya dapat kembali bekerja. Taklah terperuk dalam rumah sahaja. Direnung wajah lelaki di sebelah yang sedang memandu dengan tenang itu. Senyuman disedekahkan. Di dalam hati, dia amat berterima kasih kepada Alif. Begitupun, hati tertanya-tanya, mengapa lelaki itu sanggup bersusah-payah mendapatkan dia pekerjaan ini? Kenapa bukan Mimi yang ditolong? Bukankah Mimi kekasihnya? Arghh, pelik betul bila difikir-fikirkan.    

seorang duda siber memburunya!

Januari 30, 2011 0 Comments
trend terkini dalam bercinta ialah melalui medium elektronik. cinta jarak jauh yang hanya bertemankan komputer semakin menjadi-jadi. laman facebook, window messenger, meebo antara beberapa nama. laman-laman sembang pula bertaburan di mana-mana. tekan aje...dan pilih, kemudian berbuallah antara benua...

percintaan begini banyak risikonya. bicara yang lembut manis bermadu bukan cermin peribadi sebenar. kalau dapat yang jujur sepertimana aisyah dan pasangannya, memang dikira dah cukup bertuah. namun, majoriti? indah khabar dari rupa. 

kenapa kita masih tidak sedar-sedar lagi? dah banyak contoh dilaporkan di dada-dada akhbar. cikgu tertipu berbelas ribu dengan wanita dari britain.... wanita tinggalkan keluarga kerana cintakan lelaki asing, terkini... seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual seorang duda dari india bila wanita itu ingin memutuskan hubungan kasih sayang mereka yang terjalin di internet. 

anda dah baca kisah wanita malang ini? jika belum, tekan sini.

sofi

main games untuk relakskan otak

Januari 30, 2011 0 Comments
Certified Stress Buster

percaya atau tidak, betul atau tidak, satu kajian oleh penyelidik di Massachusetts General Hospital’s (MGH) Center for Mental Health and Media mendapati bahawa bermain 'online games' membantu mengurangkan stres dan tension di tempat kerja. 

"online games" juga adalah satu cara untuk kita melarikan diri daripada realiti bila hidup kita sedang 'sukar'. permainan-permainan yang melibatkan lakonan (role-play) seperti Mystery P.I. - The Vegas Heist, contohnya, membuat kita merasa diri kita ialah orang lain di dunia yang lain. 

menjadi hero / heroin dalam dunia khayalan ini membolehkan kita memperolehi keyakinan yang lebih tinggi untuk mencapai misi di dalamnya. secara tidak langsung, sifat ini akan turut mempengaruhi kehidupan sebenar kita juga nanti.


mudah cakap, 'online games' merelakskan minda. mengikut kajian oleh McGill University di Montreal, Quebec, 'online gaming' bisa mengurangkan stres dengan kurangnya Cortisol (hormon stres) sebanyak 17%!
jadi bila nanti anda terperangkap dalam timbunan kerja yang menimbun, atau date due yang tidak munasabah, atau peperiksaan yang mencabar, luangkan masa seminit dua untuk bermain.....
'online games'
sofi

dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Januari 30, 2011 2 Comments
anda akan dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 
hukuman untuk apa ni? anda tahu tak? tak? 

meh, aku nak bagi tau pada anda semua. 

tuan-tuan, puan, adik, kakak...anak-anak.....
hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali itu ialah hukuman, jika sabit kesalahan, di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.
lihatlah, betapa ringannya hukuman dunia terhadap satu kesalahan yang amat besar di sisi agama. itu belum lagi kita melihat kepada hukuman yang dikenakan kepada pesalah zina. mungkinkah hukuman yang tidak seberapa ini salah satu penyumbang kepada berleluasanya kejadian membuang bayi? 

bagaimana kalau bayi itu dibuang dalam longkang dan mati? apakah itu juga hukumannya sedangkan si ibu tadi sudah menjadi pembunuh? 

bagaimana kalau bayi itu ditinggalkan di tepi jalan dan menjadi makanan anjing liar dan mati tinggal tulang belulang, apakah hukuman ini cukup adil kepada ibu yang berhati binatang? 

aku sedih! sedih memikirkan wanita-wanita terutama melayu yang beragama islam,bukan sahaja tidak insaf kerana sudah berzina tetapi juga tidak adil kepada bayi yang dilahirkan lalu membuangnya seperti sampah. 

sampai bilakah gejala ini dianggap kecil oleh pihak yang bertanggungjawab?

sofi

Apakah definasi cinta?

Januari 30, 2011 5 Comments
apakah definasi cinta pada anda? 

disayangi lelaki, dimanjai, dibelai.... begitukah? atau cinta bagi diri anda ialah perasaan anda yang tulus suci, ikhlas kepada si dia? ataukah cinta itu ialah merelakan segala perlakuan sang lelaki waima memukul, melanyak, menghentam anda sesuka hatinya? cintakah itu? 
cinta bukan memberi,
cinta bukan menerima
tapi cinta memberi dan menerima
cinta bukan paksaan
cinta bukan merelakan
tapi cinta memaksa dalam rela, dan merelakan dalam paksa
jangan jadi bodoh kerana cinta
jangan dibutakan mata hati kerana cinta

kenapa aku marah-marah pagi buta ni? mahunya tak marah dan sakit hati? kalau anda baca sini.... aku yakin anda juga akan marah pada kebodohan seorang insan bernama wanita. layannn....

sofi

29.1.11

jewel in the palace

Januari 29, 2011 8 Comments

aku sedang tengok cerita jewel in the palace. anak aku download. sejak kali pertama menontonnya, aku dah memang kagum dengan jalan cerita dan set penggambarannya.

bagi yang kagum cerita melayu kita, aku syorkan juga anda tengok cerita korea yang satu ini. mungkin anda nanti akan jadi peminat cerita korea? hehe...

nak tengok sama-sama? alah.... cari aje kat internet tu!

selamat menonton....

sofi

cintaku dimukabuku 3

Januari 29, 2011 4 Comments
3  
Sudah sebulan peristiwa itu berlalu namun renungan sepasang mata itu sentiasa di ingatan. Wajah tampan itu tidak dapat dilupakan. Suara garau itu masih terdengar-dengar. Dia tahu dia sudah gila bayang. Pertemuan pertama dan yang sekali itu sungguh-sungguh memberi kesan kepada dirinya. Dia sudah diserang penyakit angau!

“Tak habis-habis dengan termenung. Duduk sini, menung. Duduk sana, menung! Apa yang kamu dapat dengan buat macam tu?”

Aisyah menggosok-gosok bahu yang baru ditepuk dengan kuat oleh ibunya, Puan Badariah.

“Sakitlah, mak!” marahnya.

“Aik, orang yang tengah angau pun boleh rasa sakit?” Badariah bertanya dalam tawa yang kuat. Kali ini, dia melihat Aisyah menjeling pula. “Hah, jeling! Nanti juling biji mata tu!”

Aisyah menjuihkan bibir mungilnya. Sejak sebulan, ibunya asyik menyindir dia dan memberi gelaran ‘mak sanggup’ kepadanya. Ibunya juga sentiasa mengungkit peristiwa pada malam itu. Iyalah, kan... dari restoran, Aisyah terus balik ke rumah keluarganya di Kg Bahagia. Mahu tidak mahu, dia terpaksalah menceritakan apakah yang telah berlaku sehingga dia terpaksa balik menaiki teksi (melanggar arahan ayahnya yang tidak pernah membenarkan dia menaiki kenderaan awam itu!). Lagipula, ketika dia sampai, jam menunjukkan pukul 10 malam. Ayahnya memang pantang kalau anak-anak balik lewat apalagi kalau anak itu ialah anak dara. Berasap kepalanya! Semakin bertambah angin satu badan bila mendengar cerita Aisyah. Langsung Aisyah disuruh pindah balik dan duduk di rumah. Yang pasti, bila ayahnya, Muhamad mengamuk, tidak ada kompromilah jawabnya. Hitam tetap hitam takkan boleh menjadi putih!

Aisyah menghampiri ibunya. Duduk di bawah, memeluk lutut ibunya sambil mendongak. 

“Mak, sampai bila ayah nak hukum Syah?” tanya dia.

Badariah mengusap rambut anaknya, satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Anak bongsu pula tu. Lurus bendul sifatnya sebab itu mudah sahaja dipermainkan orang.

“Syah nak kerjalah, mak. Bosan tau duduk rumah aje. Mimi cakap, ada...”

“Kamu masih kawan dengan budak Mimi tu, Syah? Dia dah mainkan kamu, jaja gambar kamu di mukabuku tu, kamu masih berbaik dengan dia lagi? Kamu ni memang nak kena cubit!”

Aisyah menjerit-jerit kesakitan bila ketam emaknya menyepit seluruh lengan dan paha. Tapi, sempat juga dia membalas, “Mak! Mak juga cakap, mana boleh orang Islam putuskan silaturrahim! Mimi kan kawan Syah, jadi kawan tetaplah kawan. Takkan nak jadi musuh pulak!”

Badariah menggeleng-gelengkan kepala. Dipiatnya telinga si Aisyah. Geram betul mendengar Aisyah menjawab.

“Kawan yang baik, takkan buat apa yang Mimi buat, Syah.”

“Alah, kenapa pulak? Dia cuma letak gambar Syah aje. Bukannya dia buat yang tak senonoh pada gambar Syah tu!” balas si anak tak puas hati.

“Apapun, dia tak boleh buat begitu! Salah tu! Dia yang hendak bercinta, berpakwe. Gunalah gambar sendiri, buat apa nak guna kamu punya? Dah tu, kenapa pulak dia suruh kamu pergi jumpa dak jantan tu? Bukannya dia kenal budak tu! Syah, nasib baik si .... siapa namanya?”

“Alif!”

“Hah, Alif! Nasib baik si Alif tu tak sempat buat apa-apa pada kamu, Syah. Kalau dia tu orang jahat, kalau dia masukkan dadah dalam minuman kamu, lepas tu dia bawak kamu lari entah ke mana-mana, dia dagangkan tubuh kamu, macam mana tu?”

Aisyah tersentak. Lama wajah ibunya ditatap. Mendengar kata-kata ibunya itu, hati tersentap. Perlahan-lahan kepala diangguk-anggukkan tanda setuju. Ya, dia amat bernasib baik pada malam itu. Dia tidak menurut perasaan sangat! Dia ikut kata akal yang menyuruh dia berterus terang dan balik ke rumah. Nasib baik! Kalau tidak?? Mungkin dia dah mati sekarang kot! Nauzubillah.

“Bukan main berani kamu malam tu, ya? Inilah.. kebanyakan anak dara sekarang terkena, terjerat dengan lelaki sebab diorang bodoh macam kamu nilah! Cakap cinta dalam komputer, terus percaya. Tak fikir panjang lagi dah! Tak fikir tentang bahaya yang menanti. Syah, Syah! Kalau ya pun kamu sayangkan si Mimi tu, janganlah ikut semua yang dia cakap tanpa berfikir. Dia nak kenakan kamu pun kamu tak faham. Adui, bilalah kamu ni nak matang Syah oi!”

Mimi tidak berani datang ke rumah jadi mereka hanya berhubung melalui sms. Kata Mimi, Alif pernah datang ke rumah sewa mereka. Malah, Alif pernah mengajak Mimi keluar bersama-sama. Bukan sekali malah sudah berkali-kali. Nampaknya, mereka memang berjodoh. Mimi memberitahu bahawa dia menyesal menyuruh Aisyah menyamar dulu. Katanya lagi, nasib baik Alif berusaha mencarinya, dapatlah dia melihat lelaki itu dengan mata kepalanya sendiri dan dia tentunya merasa amat bertuah kerana Alif mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Aisyah mengeluh. Buang karan aje dia menyamar menjadi Hamimah Hamid dahulu, sudahnya Alif dan Mimi bercinta juga. Mimi, Mimi! Menyusahkan aku betul! Kerana kau, Mi, aku dah kena kuarantin dengan ayah. Langsung tak boleh keluar. Hmm....

cintaku dimukabuku 2

Januari 29, 2011 4 Comments
2
Aisyah mengelap peluh dingin di dahi. Dia masih berdiri tegak di tempat di mana dia turun daripada motosikal Yamaha si Hamimah tadi. Dia belum mampu melangkah. Masih menarik dan menghembuskan nafas untuk menenangkan diri.

“Hisy, kenapalah aku sanggup buat kerja gila ni? Kenapalah aku mesti ikut cakap Mimi? Nanti, bukannya senang nak berlakon jadi orang lain sedangkan mak cakap, kita mesti sentiasa jadi diri kita sendiri. Mak cakap, kita mesti cakap benar, walaupun apa yang kita cakap tu sesuatu yang boleh merosakkan diri. Aduiii.... belum apa-apa aku dah sakit kepala. Bencilah Mimi ni!” mata merenung jarum jam. “Alamak dah lewat 10 minit. Baik aku masuk ke dalam, sekarang.”

Menurut perjanjian mereka, kata Hamimah, Alif akan menunggu dirinya di dalam restoran Seri Bayu ini. Jadi tentu lelaki itu sudahpun sampai, fikir Aisyah sambil sepasang mata memerhati deretan kereta di hadapannya. Alah, dia tu kan mat dispatch aje, mana mampu beli kereta. Tambah-tambah kalau kereta ini.... detik hati yang nakal sambil menggosok-gosok badan kereta Volkswagen Polo berwarna merah di sisinya. Dia mengintai-intai ke dalam kereta itu., mengkagumi keselesaan yang terlihat.

“Entah bilalah nak merasa naik kereta hebat sebegini?” detik hatinya penuh rasa kagum. “Babai...kereta, cakap pada tuan kau, dia bertuah dan mesti jaga kau baik-baik, okey!”

Di hadapan pintu, sepasang mata mencari lelaki bernama Alif yang tidak dikenali. Hati tetap mengutuk kerana dia tahu bahawa lelaki itu pasti camkan dirinya sedangkan dia? Atau Mimi? Bodohlah Mimi, marahnya. Gambar aku dia tunjuk, gambar lelaki tu dia tak mintak, bebal punya sahabat!

“Hai! Cik Hamimah Hamid? Saya, Alif. Alif Fizwan bin Sharifudin.”

Aisyah berpaling mencari suara lelaki yang betul-betul berada di belakangnya. Rambutnya yang panjang itu turut beralun bagaikan iklan syampu Sunsilk.    

Tidak berkelip-kelip sepasang mata merenung. Rasa macam bermimpi pula. Nak bersuarapun, tidak boleh dilakukannya. Memang terkejut melihat lelaki ini.

“Saya tak salah orang, kan? Awak ni.... Mimi?”

‘Awak tak salah orang, Alif, tapi saya ni yang dah silap. Tadi, Mimi cakap Alif mestilah datang pakai selipar, baju T yang kumal, dengan seluar jeans yang koyak. Tapi, kenapa pulak semua tu tak betul? Yang awak ‘smart’ sangat, kenapa? Betul ke awak orang biasa aje ni?’ bisik di dalam hati.

Aisyah tidak bersedia bertemu dengan seorang yang begini berlainan daripada andaiannya. Cahaya lampu yang suram tidak mampu menafikan ketampanan wajah yang kini sedang mengukir senyum kepadanya.

“Janganlah terkejut sangat! Nak jumpa awak, saya kenalah kemaskan diri saya ni. Kalau pakai baju T yang dah lusuh atau kalau saya pakai seluar buruk, awak lari pulak nanti, kan?”

Akhirnya, Aisyah tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.  

Buat pertama kali dalam hidupnya, Aisyah makan malam bersama seorang lelaki yang langsung tidak dikenali. Namun apa yang pasti, inilah makan malam terindah pernah dialami. Walau baru berkenalan, lelaki bernama Alif Fizwan begitu ramah dengannya. 

Aisyah lebih  suka berdiam diri dan dia hanya menyampuk bila perlu. Dibiarkan sahaja Alif mengulangi detik ‘perkenalan’ mereka di mukabuku. Tidak berani dia hendak menyampuk, dibimbangi terbongkar rahsia pula.

“Mimi, awak ni pendiamlah pulak. Kalau dekat fb tu, bukan main ramah lagi. Macam-macam celoteh awak.” Usik Alif. Dia menatap sepasang anak mata gadis di hadapannya dalam-dalam. Hatinya sudah lama berkenan. Dan, pertemuan ini semakin meyakinkannya bahawa dia sudah bertemu dengan calon isteri. Cuma, dia tahu bahawa mulai saat ini dia perlu membuat gadis ini menyintainya. Bila tiba masa yang sesuai nanti, dan bila cintanya berbalas, sudah pasti dia akan melamar. Mereka akan berkahwin satu hari nanti! Itu harapannya.

“Saya tak tahu nak cakap apa.” Bisik Aisyah perlahan.

“Mungkin awak tak seronok bersama saya? Maklum ajelah, saya ni kan budak penghantar surat sahaja? Miskin! Comot!”

Aisyah ketawa. Macam-macamlah si Alif ni.....

“Saya pun bukanlah doktor, atau nurse atau cikgu lepasan universiti. Saya cuma pekerja kilang aje.” Aisyah merendah diri. Tiba-tiba dia jadi takut. Takut pada perasaannya sendiri. Bagaimana kalau nanti dia jatuh cinta kepada lelaki ini? Pastinya dia akan berdosa kepada Mimi kerana mengkhianatinya. Oh tidak! Lebih baik berterus terang sekarang, sebelum keadaan menjadi kusut.

Dia cuba mengatur bicara...

“Err... awak! Saya nak cakap sikit tapi saya sangat berharap yang awak tak jerit marahkan saya nanti, ya!” kata Aisyah menatap tajam wajah lelaki di hadapannya.

Alif menyandarkan tubuh di kerusi. Menjungkitkan kening sambil menanti kata-kata yang bakal lahir.

“Nama saya, Aisyah Humaira binti Muhamad. Saya ni kawan Hamimah Hamid. Mimah....ehhh...Mimi, dia letak gambar saya kat mukabuku tu. Saya tak tahu menahu tentangnya sehinggalah semalam, bila dia minta saya datang sini jumpa awak. Mimi suruh saya jadi dia malam ni, tapi saya rasa, saya tak mahulah berlakon. Saya tak pandai. Saya minta maaf, ya.”

Aisyah tidak berani menentang pandangan tajam lelaki itu malah dia takut untuk berada di dalam restoran itu lagi. Bimbang lelaki itu naik hantu lalu mengamuk padanya. Hisy.... takuttt!

Dia berlari keluar dan kebetulan teksi lalu. Dia menahan teksi itu dan pergi tanpa sempat Alif hendak menahannya lagi.