apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.12.10

WANITA TERCANTIK DI DUNIA


Di sebelah ialah wajah Camille Belle yang diisytiharkan sebagai wanita di tempat yang pertama, mempunyai wajah paling cantik di dunia (the most beautiful faces in the world) bagi tahun 2010. dia dipilih untuk memegang gelaran itu oleh syarikat candler, usa. 

ramai lagi yang tersenarai, tapi aku malaslah nak tulis. anda pergilah ke candler.

yang menyebabkan aku terusik untuk menulis ni ialah kerana si dia yang gambarnya ada di bawah ni terpilih dan berada di no 18. wow, hebatnya wanita korea ni, kan? nama dia song hye kiyo, umur 29 tahun, seorang aktres dan model terkenal yang juga merupakan artis korea pertama termasuk dalam kelompok ini. wow lagi. 

kalau ada yang tak kenal dia, meh aku nak habaq mai. dia nilah si adik yang berlakon dalam autumn in my heart. alaa.... yang benyek dan kuat menangis tu. yang meninggal akibat sakit leukimia? 

tak ingat lagi? 

okey...yang ini anda mesti tahu. dialah yang berlakon dengan rain dalam.... full house. 

dah senyum.. ingatlah tu, kan?

memang cantik, kan? tahniah untuknya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.