apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.12.10

WANITA PUN BOLEH DIGELAR PENGGANGGU SEKSUAL!

yang di sebelah ni menunjukkan gambar lelaki mengganggu perempuan. gangguan seksual, tak kira di manapun seringnya dikaitkan bila lelaki mengganggu wanita. sentuh, usik, pegang, mengeluarkan kata-kata lucah... semua tu! selalunya berlaku di tempat kerjalah! 

tapi sekarang jangan hairan, okey. dah ada wanita yang berani mengganggu lelaki secara seksual. amboi! berani ke tu? cek ghasa, tu nama dia gelenyar... gatai..huhu!

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman, meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.

“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.

Uwaa...buat memalukan kaum aje kan? Uisy, tamolah buat camtu! Tak manis, tau! Nak naik pangkat ke, nak jadi heroin ke, nak mintak bos tolong cover duit buat album ke, mintak baik2....

jangan sampai tergadai body...huhu!

marah ke?
................
mekasih kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.