Langkau ke kandungan utama

UPAH BERPENAT LELAH


Bayangkan anda memasuki sebuah restoran dan anda memesan makanan atau minuman kegemaran anda. apa biasanya yang akan diberitahu oleh pelayan pada anda kalau apa yang anda pesan itu tak ada? 

betul tu! selalunya kita akan diberitahu begini, "hari ni, tak buat menu tu. atau, tak ada." kan? 

berbeza dengan Demi Moore. kenal ke? bekas isteri bruce willis yang kini bertuah kerana kahwin dengan lelaki muda, si ashton kutcher. bertuah ke dia? haha... manalah aku tahu...

okey, demi moore dan suaminya pergi makan di sebuah restoran ni.  kat mana lagi, di beverly hills lah, kan. dia mintak air kelapa, nak minum. 15 minit kemudian, baru pesanan dia sampai. hairanlah dia....kenapa lambat sangat nak buat air kelapa tu? 

punya bagus pengurus tu. dia tahu restoran dia x ada air kelapa lalu dia pun suruh seorang mamat pelayan ni pi cari kat kedai lain. 

oleh kerana terpaksa menunggu lama, demi dengan senyumnya yang menawan tu tanyalah pada pengurus apakah minuman tu 'special order'? dan dia memang terkejut sakan bila dijawab..."Actually, yes..."

demi terus cakap dia nak jumpa lelaki yang bersusah payah mendapatkan dia air itu. dan diapun bagi tip 50 usd sambil berkata,  

“Next time, it might be easier just to say you don’t have any,” she laughed.

moral of the story pada aku ialah... kesungguhan berniaga. lihatlah..sikap baik ini sudah masuk paper. tentu sahaja akan menarik ramai orang ke restoran tersebut. memang betul kata pelakon itu, lebih mudah kalau berkata bendanya x ada tetapi aku rasa dia mesti merasa bangga juga kerana dirinya dihargai sehingga pengurus itu sanggup bersusah payah mencari, kan? kalaulah lebih ramai peniaga yang bersikap begini di malaysia? 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…