apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.12.10

UNTUNG JADI LELAKI, KAN?

entri ni ditujukan khas untuk kaum lelaki. ramai yang belum kahwin, kan? usia dah menginjak 30 tapi tak mampu nak kahwin sebab belanja kahwin mahal sangat sekarang ni. betul tak? hantaran aje dah paling kurang RM20000. kenduri-kendara lagi? pendek kata, kalau dalam poket x ada sekurang-kurangnya RM50 ribu, alamat terlajaklah, betul tak?


tapi macam mana kalau rasa nak kahwin tu dah berkobar2 sangat? 

nak tahu? ada yang mengesyorkan anda pi cari gadis dari morocco...alaaa.....gadis maghribi? kata mereka anak dara dari maghribi ini murah. murah di sini bukan maksudnya senang disentuh, okey! murah maksudnya anda hanya perlu bayar RM14000 kepada familinya dan mereka akan kahwinkan anda dengan anak perempuan mereka. 

wah!! 

kata sumber itu lagi, untuk keluarkan duit banyak tu aje, anda sudah boleh dapat seorang isteri yang cun-melecun, rajin, baik, menurut perintah dan yang penting.... suci!  tak percaya? lihat gambar-gambar di bawah!




nak lagi? pergilah google huhu...

sofi: kesian juga pada gadis2 malaysia. lelaki sudahlah kurang. lepas tu anda kena bersaing pulak dengan gadis2 dari... kalau dulu dari indonesia dan thailand, sekarang ni dari maghribi pulak. aduii....

ok! nak tahu lebih lagi? bacalah... ini

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Lebih untung apabila menjadi Lelaki dan Wanita yg Sollehah. Insyaallah dipermudahkan jodoh dan hidup penuh ketenangan. Lelaki /Wanita yg maintenance tinggi spt pakaian, set makeup, set body slimming tapi jauh hati mrk dari Mesjid...itu yg buat tinggi hantaran perkahwinan itu. Walhal maskahwin RM80-RM100 ajer. Yang lain semua belanja hangus you...hangussssss. Kalu mampu no hal. bagi yg tak mampu ....??? Jgn terkojut ramai lelaki/suami org suka kawen Indon secara sindiket. Sadissss....

    BalasPadam
  2. @mamawana
    betul tu! mas kahwin sikit sangat padahal itulah nilai sebenar seorang perempuan huhu... maksud kak sofi, itulah maharnya, kan? x taulah... nampaknya, makin ramai yang akan mendara lepas ni.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.