Langkau ke kandungan utama

TAK SAYANG MULUT?

Cuba tengok peta tu! Anda nampak tak pulau Singapura? Tak? kenapa? sebab kecik sangat, kan? Tapi... mulut pemimpinnya whoa... sakit telinga kita mendengar walaupun kita bukan minat sangat nak dengar pun!

Inilah bagusnya ada pembocor rahsia seperti wikileaks. dapatlah kita maklumat yang sepatutnya menjadi rahsia besar. misalnya, nota sulit yang menuduh kepemimpinan Malaysia amal rasuah.

SINGAPURA: Kabel WikiLeaks semalam mendedahkan beberapa kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin negara Asia, termasuk Malaysia, yang dianggap mengamalkan rasuah, tidak cekap atau bodoh.

Nota sulit diplomatik disalurkan oleh laman itu kepada kumpulan media Fairfax Australia mengandungi penilaian tidak menyenangkan mengenai tokoh utama di Malaysia, Thailand, India dan Jepun.

"Kepemimpinan tidak cekap adalah masalah besar kepada Malaysia,” Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Bilahari Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat bagi Asia Timur, David Sedney dalam kabelnya bertarikh September 2008. Justeru, ‘keadaan di negara jiran, Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya,’ dan ‘kemungkinan jelas boleh berlaku konflik perkauman’ yang menyaksikan golongan etnik Cina ‘melarikan diri’ dari Malaysia dan ‘membanjiri’ Singapura, Bilahari dipetik sebagai berkata. 

Seorang lagi pegawai, Peter Ho, dilaporkan menyifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘seorang oportunis’ yang ‘tidak teragak-agak’ mencari kesalahan Singapura jika beliau ‘perlu melakukannya’.

*aku cuma ambil apa yang mereka kutuk pemimpin malaysia aje. kutukan untuk thailand, india, china dan yang lain2 tu, aku skip. malaslah nak 'in' kan.*

Tiada reaksi segera daripada kerajaan Singapura berikutan pembocoran itu, tetapi akhbar Straits Times yang prokerajaan memetik kenyataan kontroversi itu dan menyiarkannya dalam laman webnya. – AFP 

INFO
WikiLeaks adalah organisasi yang menggunakan laman web untuk membocorkan dokumen sulit, rahsia kerajaan dan syarikat korporat.

Laman web itu yang dilancarkan pada 2006 dan beroperasi dari Sweden, menerima maklumat sulit daripada pelbagai pihak yang dirahsiakan.

Pada Julai 2010, Wikileaks membocorkan lebih 769000 dokumen berkaitan Perang Afghanistan sebelum menyiarkan hampir 400,000 dokumen mengenai Perang Iraq, dua bulan lalu.

Pengasasnya, Julian Assange kini ditahan di Britain bagi kesalahan mencabul dua wanita Sweden. 

sumber: bharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…