Langkau ke kandungan utama

SUSAH NAK TURUNKAN BERAT BADAN?



adakah anda berbadan besar? pernah cuba menurunkan berat badan tetapi tidak berjaya? 

sebelum anda cuba apa jua cara yang dikatakan mujarab untuk menurunkan berat badan anda, apa kata anda periksa apa yang tidak kena dengan apa-apa fungsi hormon anda. 

tahukah anda hormon apa yang paling penting dalam menetapkan kadar metabolisme anda? mai la sini aku kongsi serba sikit info yang aku baru belajar ni.

hormon yang penting itu merupakan hormon tiroid. sumber-sumber makanan yang penting dalam penghasilan hormon ini merupakan makanan yang berasaskan iodin.

Contoh-contoh makanan: Kerang, ketam, udang, sotong, tiram dan ikan air masin, telur, daging, susu, produk susu , bijirin dan buah-buahan kering.

Jadi banyak makanan yang anda boleh ambil mengikut selera anda dan tentu la perlu diambil secara sederhana. tidak perlu berlebihan kan. 

Apa yang menyebabkan berat badan susah turun adalah disebabkan hipotiroid. Hipotiroid ialah keadaan di mana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan dengan secukupnya. 

Sudah tentu keadaan ini akan mengganggu kadar metabolisme dan akan menyebabkan masalah-masalah lain yang berkaitan.

Contoh simptom:
  1. Kegemukan 
  2. Sukar menurunkan berat badan
  3. Sembelit
  4. Badan terasa kesejukan
  5. Kuat tidur
  6. Ingatan terganggu
  7. Kaki bengkak (edema)

Jantung akan rosak jika rawatan tidak diambil segera.

Makanan-makanan yang disenaraikan ini perlu dielakkan untuk mengurangkan masalah tiroid berterusan.
  1. pewarna makanan
  2. ubat-ubatan
  3. pengawet makanan
  4. makanan yang di proses. 

Kesimpulannya, kurangkan lah makan makanan yang mengandungi banyak pewarna, pengawet, garam dan yang paling penting MAKANAN SEGERA dan JUNKFOOD. 



Ulasan

  1. mcm dlm paper bh je

    BalasPadam
  2. @Anonymous
    eh iya ke? ntahlah pulak, tp tu dibaca kat status fb seseorg. tu jek. kl dia ambil dr bh, samalah kita, hehe..

    BalasPadam
  3. good sharing.

    nak turunkan berat, perkara pertama yang perlu buat adalah mindset...kalau mindset tak kuat, mmg tak kan jadi, atau pun sekerat jalan.

    nak diet pun kena ada ilmu. yg biasa org buat adalah kurang makan..makan buah je hari2...mmg boleh turun, tapi impact pada badan tersangat la teruk.otot badan akan jadi lembik disebabkan badan bakar sumber protein dari dalam otot untuk menghasilkan tenaga.

    alhamdulillah, dengan kepesatan teknologi perubatan dan kajian, sudah ada product yg dapat memudahkan urusan untuk menurunkan berat badan, tanpa perlu tahan lapar dan badan pun akan jadi firm. ia dihasilkan oleh dua org medical professor dari harvard Medical School. formula asalnya digunakan untuk membantu org gemuk yg ada diebetes. formulasi itu telah digunakan dalam product makanan untuk menurunkan berat. ia selamat dan tidak memudaratkan. yg lebih penting ada jaminan quality dan insurance (NZD 20 million).

    fikir2kan pilihan yg anda mahukan..

    BalasPadam
  4. banyak cara untuk turunkan berat.

    cara yg biasa org buat adalah :

    tahan lapar..makan buah/minum air je setiap hari..mmg boleh turun, tapi otot badan akan jadi lembik dan badan akan jadi lesu kerana tidak cukup zat.

    zaman teknologi yg kian berkembang telah membantu kajian yg dijalankan oleh dua org medical professors dari harvard medical school. formula penurunan berat badan itu mmg berhasil dan selamat. konsep yg digunakan telah diuji secara clinical. bersyukur kerana org yg berat berlebihan sudah mampu untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar dan kulit tidak menggebeh bila berat turun.

    product makanan ini tidak memudaratkan kerana ia berasaskan soya. yg lebih baik, semasa program diet, pengguna tidak boleh berlapar. perlu makan makanan anda 3 kali sehari seperti biasa. cuma, hanya perlu kawal pengambilan carbo dalam sehari. boleh makan protein sebanyak yg anda mau. contoh protein : ayam, daging, ikan, seafood, telur, cheese, KFC (yes, KFC!), etc.
    nak check status diet pun mudah kerana boleh check melalui ujian air kencing. boleh buat sendiri...tak perlu tipu sesiapa.

    yg penting, ada jaminan insurance NZD 20 million. pernah jumpa product seumpama ini?

    BalasPadam
  5. herbalife cam ne? meal replacement or meal supplement? cam ne nak check progress diet guna herbalife? brapa product liability?

    BalasPadam
  6. herbalife tu meal replacement or meal supplement? cam ne nak track diet progress? ada insurance? brapa cost per month? and normally brapa kg ye dapat turun dalam sebulan?

    BalasPadam
  7. @Mohd Farhan
    hehe..minta maaf.. mmg x boleh nak jawab sebab kak sofi tau makan aje yg len2 x pernah ambil tahu. dah berehenti dah pun... ni anak kak sofi yg jadi pengedarnya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…