Follow Us @soratemplates

15.12.10

SUDAH TERLALU LAMA

sudah terlalu lama kes ini dibiarkan berlarutan. jadi tidak hairanlah, bapa kepada Saiful Bukhari, yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya,  membuat rayuan. cuma, orang yang dirayu itu...amboi!! terus kepada YDPA, Tuanku Mizan Zainal Abidin, you! 

Azlan Mohd Lazim membuat rayuan meminta Tuanku Mizan menolong mempercepatkan prosiding mahkamah yang kini sudah berlanjutan hampir 3 tahun. Rayuan itu dikemukakan dalam sepucuk surat yang diserahkan kepada pengawal istana jam 3 petang semalam. 

Azlan yang berumur 57 tahun, tiba di istana negara bersama-sama 3 orang kawan memberitahu wartawan bahawa dia tertekan dan 'susah' disebabkan oleh kes ini. 

ya, sememangnya kes ini sudah lama sangat, kan? siapa yang benar, siapa yang salah, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. 

sumber: yahoo

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.