apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.12.10

SELAMAT TIDUR

salam...malam dah larut. mata semakin kuyu. rasa berat untuk dibuka. sudah berkali-kali tangan diletakkan di mulut untuk menutupinya, supaya jangan menguap namun mana mungkin, kan? dah mengantuk sesangat..huhu...

sebelum tidur, kenangilah aktiviti yang dilakukan di sepanjang hari. dan  fikirkanlah apa yang akan dilakukan esok. rancanglah di bawah minda separa sedar sambil hati berbicara, meminta Dia mengampunkan dosa hari ini dan meredakan semua yang bakal dilakukan esok hari. 

ucapkanlah sayang kepada seisi keluarga, mohonlah maaf sesama kita, kerana tidur ini mungkin tidur yang lena, dijemput Tuhan tanpa rela. 

ucaplah syahadah tanda mengingati dan mengakui Dia yang satu. salawat dan salam kepada junjungan nabi saw agar nanti sentiasa mendapat syafaatnya di akhirat. ucaplah selamat tinggal kepada dunia, lambailah selamat beristirehat untuk ke sana. 

esok hari yang baru jika kita masih bernyawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.