apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.12.10

sabar itu lebih baik!


kadang-kadang, kita diuji. berbagai cara ujiannya. diberi kesenangan, adalah ujian. harta, anak suami/isteri semua itu ujian. susah, adalah juga satu ujian. dan bila ujian datang, kita disuruh bersabar. 

sikap sabar inilah yang sudah banyak hilang. semakin menipis anugerah nilai kesabaran ini terdapat dalam diri seseorang. tak percaya? contoh...

di petaling jaya, seorang perempuan berselisih faham dengan jiran sebelah rumah. ibu kepada 4 anak ini mengugut untuk membunuh jirannya itu. dia juga telah mencakar muka dan menggigit jari mangsa. peristiwa pergaduhan ini berlaku 5 tahun dulu. 

akibatnya, dia didenda RM6,000 selepas didapati bersalah mengugut bunuh jirannya itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

nasib baik dia terlepas daripada tuduhan mencederakan jirannya kerana tidak cukup  bahan bukti. kalau tidak, mahu lepas ke dalam... adus! 

jadi, banyak2kanlah bersabar, ya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.