Langkau ke kandungan utama

rezeki murah di tepi jalan?

dari 
ke
akibatnya......

peniaga di Medan Selera Taman Tuanku Jaafar (TTJ), bimbang bila perniagaan mereka semakin merudum sejak diminta berpindah ke medan berkenaan 10 bulan lalu. waktu itu, pihak berkuasa tempatan memberi  pelbagai janji. kata mereka di tempat baru ini, masa depan akan lebih cerah, lebih selesa dan strategik. masa berlalu, janji tinggal janji, peniaga makin tertekan malah ada sebilangan rakan mereka yang terpaksa gulung tikar.


“Lebih 10 tahun saya berniaga di tepi jalan dengan keuntungan yang sangat menggalakkan dan makanan selalunya habis dijual dalam tempoh singkat. bila diarahkan pindah ke medan selera ini, nasib jadi malang. Pendapatan yang diperoleh tidak pulang modal dan hanya pelanggan tetap yang masih datang membeli makanan,” kata seorang peniaga. 

PBT janji nak buat promosi, tak buat. nak buat lanskap bagi cantik pun tak buat juga.

yang lain bercerita: 

“Saya berniaga di gerai berhampiran sebuah pasar raya sebelum ini dan disebabkan masalah lalu lintas, saya diarahkan berpindah ke medan selera ini. Sudahlah pelanggan tidak ramai, kelengkapan kami pula dicuri. Apabila semua barang dipindahkan ke dalam kedai, pencuri sanggup mengumpil pintu,” 

penafian oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Datuk Abd Halim Abd Latif.

"pihaknya berusaha mempromosi medan selera itu dengan memasang papan tanda dan kain rentang di jalan utama menghala kawasan berkenaan serta memuatkan dalam laman web MPN. Selain itu, katanya, ada pihak swasta mahu mengadakan persembahan muzik di situ untuk menarik lebih ramai pengunjung, namun MPN belum membuat keputusan kerana perlu mendapatkan persetujuan penduduk berhampiran. Dakwaan MPN tidak menjalankan tanggungjawab tidak benar kerana kami sentiasa menjalankan tugas termasuk memantau keadaan di medan selera itu demi kebaikan peniaga di situ. MPN juga bersedia menempatkan pengawal keselamatan di kawasan itu bagi memastikan kawasan terbabit selamat dan bebas daripada kes kecurian,” 

yang ni buat aku terlopong....selain itu, katanya, pihak pbt akan memantau ruang niaga yang disewakan kepada orang luar dan mengambil tindakan tegas jika mana-mana pihak melanggar peraturan.

alibabalah pulak! 
siapa betul, siapa salah tak penting. toksah dok tuding jari, toksah! pakat2 kongsi pendapat untuk memajukan, boleh?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…