apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.12.10

rebut peluang ini!


bagi anda yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas menduduki peperiksaan spm, di sini ada satu berita baik. ada kira2 5,000 orang di kalangan belia tercicir kini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Segi mulai 15 Disember ini berserta dengan tawaran subsidi pendidikan sebanyak RM15,000.

alhamdulillah. ada juga koleh universiti yang mengorak langkah baik begini. 

menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, peluang ini ekoran daripada kerjasama pihaknya dan kolej itu bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan tetapi berazam meningkatkan diri melalui pelajaran.

"Kita menyasarkan kepada pelajar-pelajar dari luar bandar yang tidak berkemampuan atau mereka yang tercicir dalam pelajaran tanpa mengira latar belakang keluarga, agama dan bangsa selaras dengan konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Kolej Universiti Segi berkaitan program itu di sini semalam.

sofi: memang perlu semua kerjasama ini dilaksanakan. tak kiralah parti mana sekalipun yang bekerjasama, janji.... di zaman di mana semua barang melambung tinggi harganya, tidak ada di kalangan belia yang tercicir  atas alasan tidak mampu. satu usaha murni. tahniah kepada segi dan puteri umno. 

sumber: ......kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.