apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.12.10

RASUAH TERUS-TERUSAN

assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kisah rasuah bagaikan duri dalam daging yang sering dikaitkan dengan warga pentabiran awam dan swasta negara. di mana-mana di malaysia, rasuah dianggap sebagai sesuatu yang sinonim dengan rakyatnya. di kedai kopi, di tepi jalan, di pejabat berhawa dingin, pasti akan ada aktiviti begini kerana ada yang hendak memberi. budaya, orang memberi, kita merasa, menyebabkan rasuah menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini. 

ada yang marah? tak percaya? bukalah metro atau mana-mana paper. minggu lepas, seorang anggota polis trafik di sabitkan kesalahan kerana menerima rasuah. lagi? hehe..amalkanlah budaya suka membaca, ya...

ironinya bila reuters melaporkan bahawa ada seorang pegawai sebuah syarikat telekomunikasi malaysia menerima rasuah jutaan ringgit daripada syarikat alcatel, kenapa anda @kita harus marah? harus terkejut? baru sibuk nak siasat? siap pesan lagi supaya rakyat jangan terburu-buru menuduh? whoa....


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius laporan agensi berita asing, Reuters semalam, berhubung wujudnya penglibatan pegawai kerajaan negara ini dalam kes rasuah oleh Syarikat Alcatel Lucent SA.

Menurut satu kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini hari ini, dalam laporan terbabit, penglibatan pegawai kerajaan itu membabitkan pembahagian kontrak syarikat telekomunikasi tersebut.

Katanya, sehubungan itu, SPRM akan membuat semakan dengan pihak-pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan ini sehinggalah ia disahkan," kata kenyataan itu.

Dalam laporan itu, Reuters menyatakan Alcatel bersetuju membayar lebih AS$137 juta (RM430.4 juta) untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan Amerika Syarikat bahawa ia melakukan suapan mencecah jutaan ringgit kepada pegawai-pegawai asing untuk memperoleh bisnes di Amerika Selatan dan Asia.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Alcatel dituduh membuat bayaran kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk di Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia untuk memperoleh kontrak atau mengekalkan kontrak-kontrak yang diperoleh.

Antara Disember 2001 dan Jun 2006, syarikat tersebut menggunakan khidmat perunding yang menyalurkan lebih AS$8 juta (RM24.7 juta) untuk membayar rasuah kepada pegawai-pegawai terbabit.

Hari ini, sebuah portal berita, The Malaysian Insider yang memetik laporan tersebut berkata, syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan menyiasat dakwaan penglibatan rasuah oleh syarikat itu dalam pembahagian kontrak AS$85 juta (RM267 juta).

Menurut sumber portal itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat mendedahkan maklumat berkenaan dua pegawai kerajaan dari Malaysia telah dibayar sebanyak AS$700,000 (RM2.1 juta) bagi mendapatkan maklumat kontrak.

p/s: siasat betul-betul ya, sprm! jangan bias dan biar telus, okey.

sumber: utusan online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.