Follow Us @soratemplates

9.12.10

Rahsia SEO

Search engine optimization (SEO)

Apakah bendanya tu? Ni, aku translate makna daripada inggeris ke BM mengikut bahasa mudah yang aku faham, okey! cara bagaimana kita cuba meletakkan blog atau laman web kita supaya dia berada, kalau boleh, di muka surat 1, bagi setiap enjin carian tak kiralah google, yahoo atau internet explorer ke..whatever!

contoh:
blog aku ni namanya luahan. anda taip perkataan luahan dan taaraa... lihat...


anda tahu tak di mana letaknya? ewah... di atas sekali, nombor satu muka surat 1 google search. 

tapi kalau anda cari 'luahan' di yahoo... entah apa silapnya, mmg x jumpa. kl nak jugak masuk blog ni kena taip, ' luahan - blog sofi" baru boleh masuk.  juga, cariannya masih di ms 1. tak payahlah tunjuk, ya. anda boleh mencuba sendiri nanti hehe.

kenapa penting untuk kita berada di mukasurat 1? jawapannya mudah saja. sebab itu yang pertama. orang cari terus jumpa, tentulah seronok, kan? bayangkan kalau anda cari luahan, mukasurat 1 tak ada, 2 tak ada, 3 pun, 4...sampai bila sanggup cari, betul tak? lama2.. isy, tak payah carilah! kan? kan?

itu tentang nama blog. bagaimana dengan keywords? kalau kat blogspot ni, kita maksudkan label, okey. 

ambil satu contoh lain..... cintaku satu..jom tengok kat mana boleh jumpa jika kita google! jom!


apa yang penting ialah, bila nak masuk post, pastikan anda ambil sedikit masa dan fikirkan satu tajuk yang akan menjadi keyword, kata kunci di mana enjin carian akan menemukannya dengan mudah, k!

itu ajelah. kalau aku tersalah kat mana2, tolong betulkan. sedia menerima teguran.

rujukan: sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.