apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.12.10

putuskan cinta melalui e-mel

pasangan ini bercinta bagai nak rak. setiap masa, si gadis akan memegang telefon bimbitnya. anda akan dapat melihat lintuk liuk tubuhnya bila si lelaki menelefon. anda akan melihat jemari halusnya sibuk menekan punat telefon apabila membalas sms si teruna. jadi, anda menyangka satu hari nanti, mereka akan berkahwin. bukan anda sorang mahukan begitu malah semua yang mengenali merekapun sama jugak.

baru-baru ini, anda menemui si gadis semula. puas anda memerhati di sekeliling, lelaki yang anda kenali sebagai kekasih perempuan tu, tak pulak ada kelibatnya. hendak bertanya, tak sanggup. tapi, anda tahu bahawa si jelita sedang gundah gulana. jiwa sedang parah. hati sudah retak.

"Kami dah berpisah. nak tahu, tak?" gadis itu mula bercerita.

anda pun mengangguk.

"He dumped me by e mail. just like that!" tangis si gadis buat anda terkesima.

hah, kan dah? terkejut?

memangpun! lelaki sekarang ni pandai betul menggunakan kemudahan internet. masa nak kenal, berusaha bermati-matian untuk mendapatkan gadis idaman. bila dah tak suka, bila hendak memutuskan hubungan, pakai sms aje. dan kini, kirimkan emel.

mungkinkah begini keadaannya?


 soalnya, bolehkah buat macam ni? bolehkah memutuskan hubungan dengan cara biadap ini? siapa yang sudi menjawab? silakanlah!

1 ulasan:

  1. Saya pun pernah kena mcm tuh gak. Bezanya my ex-bf guna YM. Memang rase terhina & stress sbb die tak explain kenapa nak putus (tp saya tau dia ada pompuan lain)cuma tulis nak putus je. Tak de inisiatif nak jumpa face-to-face.

    Laki jenis ni memang pengecut!!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.