Follow Us @soratemplates

21.12.10

PERLUKAH MENGANGGUR?


Tajuk menarik dalam berita harian hari ini.... ramai graduan gagal dapat kerja yang sesuai. kenapa ya, perkara macam ni boleh berlaku?  

ada 3 sebab telah diberikan oleh Pengarah JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Rahmat Ismail:-
1. penampilan diri yang hambar
2. kemahiran komunikasi yang lemah 
3. cara penulisan resume yang tidak menepati kehendak majikan

iya ke tu? tepat ke alasan sebegitu? bukan salah satu alasannya ialah mereka yang grad lebih ramai daripada bilangan pekerjaan yang ditawarkan? itu tak boleh jadi alasan ke?

okey, aku memang setuju dengan ketiga-tiga alasan tu. apa yang aku tengok di persekitaran, golongan muda ini tidak mengambil berat tentang etika berpakaian. bagi mereka, isu berpakaian adalah sesuatu yang remeh. 

contoh: di sekolah aku baru-baru ni, masa annual dinner. dah sah-sah dalam kad jemputan suruh pakai baju ke pejabat (formal) tetapi masih ada yang datang dengan hanya memakai t-shirt dan jeans, apa cerita tu?

bab nombor 2 tu pulak...memanglah..kalau dah 24 jam dengan komputer, berblog dan berfacebook, tak jumpa orang, macam mana hendak berkomunikasi dengan baik? aik, ada yang marah tu? hehe... itu kenyataan, apa? berchatting x sama dengan komunikasi berdepan, kan? 

lagi pun, anda golongan pelapis ni kena banyak membaca tau. habis belajar x bermakna anda x perlu membaca apa-apa. tu, resume tu...banyak contoh di dalam internet. pilih yang terbaik dan ubahsuai mengikut apa yang dimahukan oleh skop kerja yang diminta. tak tahu, bertanyalah... ramai yang sudi menolong.

pihak universiti, janganlah bagi pressure sangat pada budak2 tu! apa yang aku tahu universiti di malaysia ini sudah terkenal sebagai tempat di mana pembelajarannya jauh lebih susah berbanding dengan belajar di universiti-universiti luar negara. betulkah? ada yang nak jawab? silakanlah! tapi, apa kes belajar TESL, tapi kena buat programming, betul tak? kajilah semula apa yang perlu, apa yang tidak! 

ok, cukuplah. harap tak ada yang terguris, huhu...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.