apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.12.10

pelacur pintar?



dalam berita harian hari ini, ada satu pendedahan dibuat oleh Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Dr Jaina Sintian, pada simposium parti itu Khamis lalu, bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka. 

aisey, tak cukup duit ke sampai terpaksa melacur ni? mahal sangat ke kos belajar di universiti sekarang? pelajar tu, pelajar ipta ke ipts? 

banyak yang perlu dikupas!  

rasanya, masing-masing dapat duit sama ada biasiswa mahupun pinjaman, kan? duit ptptn? lupakan fasal bayaran balik tu.. bukan ttg ptptn yang kita nak sentuh ni, kan? soalnya, mengapa? 

aku rasa, hatilah puncanya. hati yang terleka dengan kemewahan. hendak itu, hendak ini dan duit ptptn atau pinjaman lainnya yang sepatutnya digunakan untuk makan dan belajar habis untuk mengisi keinginan melampau mereka yang terbabit. yalah, orang pakai telefon 3g, tapi kita pakai fon, memory card pun tarak, mahunya tak terliur tengok hak orang?

di mana2pun, pasti ada dalangnya. tak terkecuali di ipt sendiri. yang cantik2 jadi buruan. yang body menggiurkan pun tentu diinginkan. muka tak lawapun, tak apa, asal mahu... eh, perempuan aje ke yang melacur? rasanya tentu tidak. lelaki muda hari ini pun terutama yang digelar 'jambu' pun ada, kan? argh, lelaki ke, perempuan ke, kalau jahat tetap jahat. eh, jahatkah mereka ini? 

tak baik kita melabel mereka jahat. kita tak tahu apa masalah mereka, kan? cuma, rasanya, marilah mengharapkan agar bilangan itu tidak ramai dan mereka itu segera pulang ke pangkal jalan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.