Langkau ke kandungan utama

NAK BUNUH ISTERI KERANA KASIHAN

thumbnail
mereka bercinta sejak di bangku sekolah lagi. isterinya itu dikahwininya sejak 17 tahun yang lalu. bagaimanapun, baru2 ini, lelaki dalam gambar di sebelah ini ditangkap polis setelah mendapat laporan bahawa dia merancang untuk membunuh isterinya yang bernama jennifer campbell. 

lelaki ini ialah seorang yang terkenal. dia ialah bintang program masakan ‘Calorie Commando’, Juan-Carlos Cruz. 

mengapakah dia ingin membunuh isterinya? sudah hilangkah sayang dan cinta? apakah kerana ada orang ketiga? 

kawan2, alasan dia sangat pelik! anda mungkin tak akan percaya pun. 

Cruz memberitahu polis dia melakukan rancangan itu demi cinta untuk menamatkan penderitaan Jennifer yang tidak dapat melahirkan anak selepas sedekad menjalani rawatan kesuburan. 

“Jennifer sangat kecewa dan sering mengadu mengenai rawatan yang tidak berkesan itu. Cruz kemudian memberitahu hasratnya untuk membunuh isterinya adalah cara terbaik untuk mengakhiri penderitaan dialami wanita itu,” demikian menurut catatan laporan mahkamah ke atas Cruz, semalam.

Untuk 'kasih sayangnyaa', Cruz dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara kerana cuba mengupah dua lelaki yang merempat supaya mengelar leher Jennifer.

Mengikut rancangan yang dibuat, Cruz akan pergi ke acara menanda tangani buku dan parti untuk meraikan buku masakan terbarunya ‘The Love Diet’ sebelum pulang ke rumah dan mendapati Jennifer sudah mati. 

Bagaimanapun, rancangannnya gagal apabila polis menerima maklumat daripada dua lelaki yang ingin diupah Cruz. - AP

sumber: mymetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…