Langkau ke kandungan utama

NAFSU MEMBUAK-BUAK

ada satu cerita. tentang dua insan bercinta. masih terlalu muda sebenarnya. si dara berusia 18 tahun manakala si lelaki awal dua puluhan.

mereka terpisah kerana mencari ilmu. si gadis belajar di salah sebuah maktab di ibu negara sementara si teruna kini menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

kedua-duanya dalam keadaan tertekan. mungkinkah kerana berjauhan? lalu mereka berdua merancang untuk berkahwin tetapi disebabkan masih belajar, keluarga kedua-dua pihak menentang hebat.

mereka sering berhubung; bersms dan bertelefon. selalu bercakap tentang masa depan bersama. tahu-tahu ajelah, bila bercakap tentang hubungan, pasti melencung sesekali. dan, bicara sering berkaitan hubungan dan nafsu. dalam kata lain, perbualan itu mengarah kepada hubungan intim sehingga menimbulkan syahwat. aduhaiii...

bukan tidak disedari. sebaik gagang telefon diletakkan, rasa menyesal pasti hadir lalu mereka berdua memohon ampun daripada Allah. 

mereka tidak sanggup menanggung keadaan ini. tidak sanggup terus berdosa. sering tertanya-tanya sampai bilakah keadaan ini akan berlarutan. 

aku kasihan pada kedua-duanya. namun apa yang boleh kita lakukan untuk membantu? tertanya2 juga di dalam hati, salahkah mereka berkahwin pada usia muda untuk mengelakkan maksiat daripada berterusan?

Ulasan

  1. salam..terpanggil utk komen...abg sy pon dh mntk nak kawin..tp still family xnak kasik...sdgkan mmg lebih baik kalu benarkan kawin..akad nikah dl pon ok asal x terbw2 nafsu...

    BalasPadam
  2. @SITI MASTURAmak dan ayah sentiasa punya alasan yang tersendiri, mas..

    BalasPadam
  3. seelok nikahkan aja..rezeki semua Allah tetapkan..yang penting penting usaha..dari jadi benda lain..kalau dah minta kawin,kawin kan aje..

    BalasPadam
  4. @Nomie Aziz
    entah ya, nomie..kalau mak pak mampu utk kahwinkan anak2, kan baik di nikahkan saja?

    BalasPadam
  5. perkahwinan itu bukan hanya untuk memuaskan nafsu sahaja, terkandung commitment dan tanggungjawab. Jika ibu-ayah mampu untuk mengahwinkan anak mereka, tetapi selepas akad tetap suami wajib memberi nafkah, kalau masih belajar, mana nak cekau duit tu. Dari segi realitinya, kita masih perlukan wang untuk meneruskan kehidupan ini, tentunya kita tidak mahu keluarga dilanda kesusahan...apa2 pun kembali ke jalan yng ditentukan Tuhan

    BalasPadam
  6. @niah
    waktu begini, kononnya, takut terlanjur menjadi alasan utk berkahwin tetapi bila sudah memikul tanggungjawab, baru tahu bahawa duit penting untuk meneruskan hidup berumahtangga malah tanpanya, iman pun tergugat.

    BalasPadam
  7. @niah
    waktu begini, kononnya, takut terlanjur menjadi alasan utk berkahwin tetapi bila sudah memikul tanggungjawab, baru tahu bahawa duit penting untuk meneruskan hidup berumahtangga malah tanpanya, iman pun tergugat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…