apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.12.10

MEREKA YANG MENANG

sejak hari khamis lagi, hidup aku dah tak teratur dah. tu yang blog pun x sempat nak jenguk. nak menulis? langsunglah!  memang kalut semacam...bagaikan x cukup 24 jam. harap kawan-kawanku semua dapat bertenang dan bersabar selalu. hehe..

anda tengok tak anugerah skrin semalam? dahsyat eh? a..'ahh aku bukan nak mengata, okey. nak puji sikit sebenarnya. rasa2 akulah, kan...ASK semalamlah yang artis wanitanya ramai yang berpakaian lebih senonoh berbanding masa anugerah yang dulu-dulu. ada tidakpun, 2 orang aje yang melebih sikit.... 

suka tengok lisa surihani.... cantik...
PENOLONG Penerbit Primeworks Studio, Suhana Osman menerima anugerah rancangan hiburan terbaik daripada Lisa Surihani dan pelakon cilik, Mia Sara di PWTC, malam tadi.
walau bajunya x terbelah sana sini, lurah pun elok ditutup, merah pulak tu... aku suka... hehe...comel sangat apatah lagi ada si cilik mia sara, memang sepadanlah...
 
di bawah ni senarai pemenangnya....

Drama Terbaik - Antara Garisan 
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat) 
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat) 
Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat) 
Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih 
Drama Komedi Terbaik - Simpang 3 
Lakon TV Terbaik - Antara Garisan 
Videografi Terbaik - Datang Bulan 
Filem Terbaik: Muallaf 
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar) 
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nor Fazura (Pisau Cukur) 
Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf) 
Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2) 
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi (Astro Prima) 
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM) 
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24 
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV) 
Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3 
Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam 

sumber: bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.