Langkau ke kandungan utama

mengapa mesti makan epal?




buah epal, buah impot. tau! tapi, aku nak promot jugak! kenapa tak syorkan makan pelam ke, manggis ke, durian ke? sebab.... aku nak promot epal. lain kali aku suruh anda semua makan buah-buahan yang lain tu, okey!

mengapa epal?
An apple a day keeps the doctor away
Apple in the morning - Doctor's warning
Roast apple at night - starves the doctor outright
Eat an apple going to bed - knock the doctor on the head
Three each day, seven days a week - ruddy apple, ruddy cheek
1. epal ada vitamin c. 
vitamin c penting untuk sistem immun badan anda. kurang vitamin c menyebabkan anda mudah luka, gusi berdarah dan luka lambat baik

2. halang anda sakit jantung 
ada antioksidan bernama flavonoid. flavonoid memerangi semua penyakit yang cuba menyerang jantung anda

3. kalori rendah
sebiji epal mengandungi 70 ke 100 kalori. jika anda ketagihan cokelat atau gula-gula, baik anda makan epal. lebih menyihatkan, bukan?

4. mencegah semua jenis penyakit kanser. 
sekali lagi, flavonoid memain peranan memerangi kanser juga. 

5. mengandungi phenols
phenols mengurangkan kolesterol jahat dan menambahkan kolesterol baik dalam badan anda. phenols juga mencegah kolesterol LDL daripada bertukar menjadi kolesterol teroksida kerana kolesterol yang bergabung dengan udara ini sangat memudaratkan tubuh anda.

6. cegah pereputan gigi
jus buah epal yang kita kunyah boleh membunuh 80% bakteria pada gigi

7. mengandungi quercitin
Kandungan quercitin dalam buah epal mampu mengelakkan kita daripada mendapat penyakit alzheimer iaitu nyanyuk

8. mencegah asthma
dengan mengambil 5 biji sehari dapat mengurangkan penyakit melibatkan paru-paru termasuk asthma

9. rasanya sedap. 
pilih yang mana suka. epal hijau yang masam atau macintosh yang rangup? macintosh?

ok, tu aje...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…