apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.12.10

mengapa berebut?



sudah tidak cukupkah bilangan perempuan di dalam malaysia ni sehingga dua lelaki bergaduh kerana merebut yang seorang? apakah keistimewaan perempuan yang satu itu? terlalu cantik? terlalu baik? 

kejadian ini berlaku di sebuah flat, di rawang, pada hari isnin yang lepas. menurut polis, pada jam 2 pagi, seorang lelaki pergi ke rumah kawannya ini, mungkin untuk memberi amaran kepada mangsa supaya tidak mengganggu teman wanitanya.  

nasib baik, mangsa tidak keluar rumah. nasib baik, mangsa tak nak buka pintu kepada lelaki itu yang dilihatnya sangat marah. nasib baik mereka hanya bertegang urat dalam keadaan seorang di luar dan seorang di dalam. 

kenapa? kenapa aku kata mangsa itu bernasib baik? 

sebab, si tetamu tak diundang tu sanggup membunuh. macam nekad aje dia melepaskan 4 das tembakan, tembakan yang menyebabkan mangsa yang berusia awal 30 puluhan itu hanya cedera ringan di muka dan telinga kerana terkena serpihan peluru.

kalau tidak?

hanya Allah yang maha mengetahui.

sofi: perempuan banyak...tak perlulah berebut, okey!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.