apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.12.10

mengapa bercerai?


Kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah nilai sebuah perkahwinan bagi sesuatu pasangan. apakah yang menyebabkan sesuatu pasangan itu berkahwin. mengapakah mereka berkahwin? apakah tujuan? apakah hasrat? apakah yang diharapkan? 

satu kajian yang dibuat pada 2008 mendapati wujudnya potensi tinggi berlaku perceraian dalam usia perkahwinan 10 tahun ke bawah. sebelum itu, dalam kajian pada 2007, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai. Ini bererti tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian.

rekod 2009 pula menunjukkan, 135,136 perkahwinan didaftarkan. daripada jumlah itu, 27,116 pasangan telah bercerai. 

mengapa? mengapa berkahwin untuk bercerai? apakah yang menjadi faktor perceraian itu?

satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar bekerja sedangkan lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak. mudah cakap, perempuan menanggung keluarga dan suami duduk rumah. malangnya, suami yang duduk rumah ni tak menjalankan tanggungjawab sebagai 'house husband' sebenar. isteri yang penat bekerja, balik ke rumah dan menjalankan pula tanggungjawabnya memasak, mengemas rumah dll, dengan alasan itu kerja orang perempuan. habis tu? apa guna si suami? kalau tak ada, kan lagi baik? huh... kalau terus bersama hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumah tangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa. Lebih buruk jika impak itu merosak jiwanya dan menjadikan anak berkenaan sebagai pembuli di sekolah, ‘virus’ di universiti, sampah dalam masyarakat dan pencipta masalah dalam negara.

Ramai lelaki sudah melupakan yang ini; Allah SWT menyebut dalam surah Al-Nisa, ayat 43, bahawasanya: 
“Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang
diberikan kepada mereka dan disebabkan nafkah yang mereka berikan.” 
Jelas daripada ayat di atas, Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumah tangga berdasarkan dua sebab utama iaitu, kelebihan fizikal mereka dan, tanggungjawab mereka selaku pencari nafkah untuk keluarga. bila kedua-dua itu tidak disempurnakan dengan baik, pasti masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu satu macam jenis masalah hingga berakhir dengan perceraian dan anak bermasalah.

teruskan membaca di...sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.