Follow Us @soratemplates

11.1.14

MASIHKAH CINTA? 7


okey, bab 7 sudah mari...


Noor Qistina berasa terlalu penat hari ini. Dari pagi, dia berkejar ke sana ke mari, mencari alat-alat ganti komputer seperti yang dipesan oleh Abang Musa. Nasib baik dia ditemani oleh Norsya. Boleh juga berceloteh dan bergelak ketawa bagi meredakan stres dan kepenatan.


Kini, mereka sedang menjamu selera di tingkat 4 Plaza Low Yat. Cadangnya nanti, selepas ini mereka hendak pergi ke BB Plaza pula. Dia hendak mencari buku-buku motivasi dan beberapa buah novel yang menjadi permintaan pelanggannya.


Sedang enak menjamu selera, mereka berdua disapa seseorang.


“Hai, assalamualaikum. Tak sangka jumpa awak di sini.”


Qistina mendongak, memandang wajah lelaki yang menegur dirinya. Senyuman yang menguntum di bibir segera lenyap demi melihat gerangan yang berdiri di sisi. Aduhai, mengapakah mereka dipertemukan di sini?


Sudah seminggu, lelaki ini meninggalkan kadnya di atas meja. Kad yang tidak diambil tahu oleh Qistina sehingga sikap lalainya ditegur oleh Maheran.


“Kot iya pun, simpan sajalah kad ni. Mungkin hari ini, Tina tak perlukan dia. Tapi esok-esok, mana tahu, ada kecemasan ke? Kalau kad ni disimpan, boleh jugak Tina mintak tolong ke dia!” kata si ibu.


Ketika itu Tina hanya mencebik. Buat apa? Fikirnya. Hendak meminta tolong daripada si pemabuk tu? Hisy! Macam tak ada lelaki lain dalam dunia ni.    


“Tina....”


“Adui!” Qistina menjerit kecil bila kakinya dipijak oleh Norsya. Geramnya dia! Wajah Norsya yang marah dan sepasang mata yang memberi isyarat akan kehadiran  Luqman menambahkan cuka di wajahnya.


Luqman ketawa melihat aksi kedua-dua gadis di hadapannya. Yang seorang jelas tidak menyukai dia hadir di situ. Sementara yang seorang lagi, hmm...dah cair nampaknya!


“Jemputlah duduk, encik...”


“Luqman.” Cepat Luqman mencelah. “Saya tak dapatlah. Ada hal ni. Tapi, apa-apapun, nice meeting you, girls.”


‘Hai, kenapalah gadis berbaju blaus warna jingga ini tidak terusik mendengar kata-kataku? Kalaulah dia menahan, tentu aku tak pergi. Tentu aku duduk di sini. Keras hati betullah! Aku bagi masa 3 hari, nampak gaya seminggu pun dia masih keras membeku. Hampeh!’


Terkenang sindiran Simon kepadanya, dia rasa panas sekarang. Terbakar hangat apatah lagi bila melihat wajah selamba gadis itu. 


Ada juga perempuan yang tidak endah begini? Hatinya diperbuat daripada apa? Plastikkah? Atau getah?


Qistina hairan melihat gelagat lelaki itu. Tadi kata hendak pergi dah. Tapi, yang masih tercegat di sini tu, kenapa? Pergilah! Pergi main jauh-jauh! Pinta hatinya.


“Cik...”


“Tina?”


Luqman tersengih. Namanya Tina. Lupa pula!


Norsya membalas sengihan Luqman. “Nama dia ni Noor Qistina binti Qayyum.” Dia memberitahu.


Luqman terus memuji, “Wow. Nama pun cantik. Orangnya pun cantik. Bertuah saya dapat kenal dengan awak Cik Noor Qistina.”


Tangan dihulurkan, mengharap si gadis menyambut hulurannya. Kerana, dia ingin menggenggam tangan halus itu. Menggenggam erat! Namun harapan tidak menjadi kenyataan. Sengaja dibiarkan oleh Qistina tangan itu terapung di awangan. Dan akhirnya ia jatuh sendiri.


Lelaki itu melangkah meninggalkan mereka tidak lama kemudian. Ada kocak kehampaan yang dapat Norsya terjemahkan. Ada riak tak puas hati kelihatan. Namun, bila diri Qistina dimarahi, gadis itu bertindak selamba. Bagaikan tuli sudah telinganya. Bagaikan seorang yang pekak, tidak mendengar.


“Jangan sombong sangat, Tina. Kita tak akan tahu apa yang ada di masa depan kita. Entah-entah, dia tu jodoh kedua kau. Siapa tahu?”


Qistina hanya mencebik. Jodoh? Tolonglah! Takkanlah si pemabuk itu hendak Allah jodohkan dengan aku ni? Nauzubillah!


30 minit kemudian...


“Benci betullah aku dengan kereta ni! Masa tengah panas terik beginilah dia hendak rosak pula,” marah Qistina sambil menendang tayar kereta. Geram betul dia.


“Mungkin tuan kereta dah patut tukar yang baru, kot!” Satu suara menyapa di belakangnya.


“Saya tak cukup duit. Kalau awak nak tolong belikan boleh juga!” Balas Tina sambil berpusing ke arah lelaki yang berkata. Satu keluhan dilepaskan bila melihat seraut wajah itu. Eeii, kemanakah perginya lelaki-lelaki yang lain? Asyik-asyik hanya dia ini yang wujud di hadapannya.


“Takdir, Cik Tina. Walau awak usaha tak nak tengok muka saya ni, tetap jugak kita ditemukan. What does that mean?” Luqman mendekatkan wajah ke muka Qistina. “Itu tandanya, kita ada chemistry, tau!“ bisiknya lembut menggoda.


Qistina menjeling. Tidak selesa dengan perlakuan lelaki ini. Norsya dilihatnya sedang tersenyum manis. 


Kimia konon? Piiraahhh.... 

6 ulasan:

  1. kesian lukman...
    qistina..bantu la dia...

    BalasPadam
  2. amboi..masih berharap nampak..

    BalasPadam
  3. Kesian kat Luqman...
    Qistina bantulah Luqman...tapi sambil tu kena hati2 mana tau ada udang sebalik mee...hehehe

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.