Langkau ke kandungan utama

MASIHKAH CINTA? 6


kepada semua. jangan terkezut okey! inilah wajah sebenar Luq! hehe


Di dalam kereta, Luqman menyelesakan diri sambil menghidupkan enjin dan alat pendingin hawa. Seketika kemudian, pintu di sebelah terbuka. Luqman tersenyum ke arah lelaki yang duduk di situ. 


“Macam mana?” tanya lelaki itu kepadanya.


“Hello, ini Luqmanlah! Kau tunggu aje, ya, Sameon!”


“Hei, berapa kali aku nak cakap? Panggil aku, Simon. Bukan Sameon atau Meon, ya!”


Luqman ketawa kecil. Kawan di sebelahnya ini memang pantang dipanggil Sameon, nama yang tercatat di dalam kad pengenalannya.


“Dalam 3 hari, dia mesti cair, Simon. Percayalah! Lakonan aku tadi memang mantap! Kelas gitu!” Luqman memberitahu sambil tersenyum nakal. Kereta sudah digerakkan keluar dari situ dan sedang menghala ke arah Lebuhraya Utara Selatan, ke susur keluar Sg Buluh.


Simon hanya mampu menggeleng. Direnungnya wajah nekad itu. Wajah rakan baiknya ini yang sama-sama membesar dengannya di rumah anak-anak yatim di Kg Pandan. Mereka tidak kenal siapa ibu dan bapa masing-masing. Bagi dirinya, dia tidak kisah tetapi Luqman tidak. Hatinya penuh benci. Penuh dendam. Penuh amarah. 


Dia selalu cuba mengingatkan Luqman. Bahawa, walau tidak ada keluarga, mereka telah berjaya mencapai impian masing-masing. Luqman kini ialah seorang arkitek terkemuka sementara dirinya ialah seorang jurutera. Tapi, kata Luqman, kebencian ini tidak dapat dibuang dari hati.


Luqman paling benci kepada kaum perempuan. Semuanya gara-gara si ibu yang telah meninggalkan dirinya yang baru berusia beberapa hari, menurut kata Mak Jarah. Kerana kebencian itu, Luqman sering memperalatkan perempuan. Pantang ada yang meminatinya, wanita itu akan dipikat, digoda dan ditinggalkan.


“Aku ni kan, Man, kadang-kadang tak faham dengan sikap kau ni. Aku tak kisah kalau kau nak goda, nak pikat dan ‘buat tu’ dengan perempuan-perempuan yang biasa kita jumpa. Tapi, aku rasa, kali ini, kau dah melampaulah! Kau sendiri cakap yang dia ni baik, alim... Habis tu, kenapa kau nak jadikan dia mangsa kau, Man? Kau tak kesian pada dia?” soal Simon panjang lebar.


Mifzal Luqman ketawa. Dia sudah menjangka kawannya ini akan bertanyakan soalan itu. Argh, Simon tidak faham jiwanya. Tidak mengerti bahang kebenciannya kepada insan bernama hawa.


“Sebab dia baik sangatlah, aku nak rosakkan dia. Sebab dia alim sangatlah, aku nak musnahkan dia. Eleh, dia ingat dia siapa nak betulkan aku? Hey, ini Luqman, okey! Nobody teaches me anything! Aku tetap aku!” kata Luqman bongkak.


Simon menggeleng lagi. Ya, tanpa ibu dan ayah, tanpa Mak Jarah, wanita yang merupakan pengasuh mereka sewaktu kecil dahulu, hidup semakin bebas. Batas-batas agama telah dilangkaui. Baik dirinya mahupun Luqman tidak pernah merasa bersalah untuk membuat segala-gala yang ditegah agama. Rasa takut mahupun rasa malu tiada dalam kamus hidup mereka. Yang penting ialah keseronokan. Itu sahaja.


Bagaimanapun, bila melihat wajah gadis bertudung litup itu tadi, hati Simon menjadi bimbang. Dia risau memikirkan nasib gadis itu apabila Luqman menjalankan rencana jahatnya. Hati dihujani rintik kasihan. Diri dibebani rasa bersalah kerana menyokong pakatan yang Luqman buat.


“Alah, Simon. Perempuan! Kita manjakan dia sikit, kita bagi bunga, bagi coklat, lentoklah dia. Terkulailah nanti! Kau tak percaya, kau tengok! This is Luqman! Dia akan hanyut dalam dakapan aku. Percayalah!”


Luqman begitu yakin bahawa dia akan berjaya menggoda Qistina. Dia amat pasti bahawa tidak lama lagi gadis itu akan masuk ke dalam perangkapnya. Dia hanya perlu bersabar. Bukan banyakpun, sedikit kesabaran sahaja. Tiba-tiba dia ketawa menyebabkan Simon merenung wajah tampannya dengan seribu pertanyaan.


“Kau tau, Simon?”


“Apa?”


“Aku tak tahu pun nama penuh dia. Mak dia panggil dia, Tina. Kau rasa nama penuh Tina ni apa? Kartina? Martina? Tina aje?”


Simon ketawa. Dalam usahanya, nama gadis itupun tidak diketahui. Luqman, Luqman. Entah-entah nanti, dia yang kantoi, baru tahu! Gumam Simon sambil melirik ke arah lelaki yang sedang memandu itu. Pemuda itu sedang berfikir dengan gigih. Apakah dia sedang merencanakan sesuatu? Dan apakah hasratnya akan tercapai? Biar masa yang menentukan.  

Ulasan

  1. ape la tujuan si lukman tu ye...suspen la plak

    BalasPadam
  2. @miznza84sambungannya untuk anda dah ada...hehe

    BalasPadam
  3. La lelaki tu Mifzal Luqman ke....
    Eh..jap Mifzal Luqman yg Tina jumpa masa reunion class dia kan...xkan Tina x kenal....
    hmmm...bertambah suspen...

    BalasPadam
  4. @seed169

    camne nak kenal, dia bukan suka lelaki dah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…