apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.1.14

MASIHKAH CINTA 5

Nak Qis dan Luqman? ni sambungannya! Jemputlah baca, pastu like, pastu komen pas 2... three. hehe....

........ 

“Awak betul-betul tak cam saya? Tak kenal saya?”


Tina menggelengkan kepala. Dia berasa sedikit pelik mendengar soalan itu. Kenal? Mereka pernah berjumpakah?  


“Kita jumpa di Royal Selangor Golf Club. Saya baru lepas main golf, malam tu.  And, I was a little bit... tipsy? And... awak marah saya? Tak ingat?” soal lelaki itu lagi.  Beria-ia sungguh dia cuba mengembalikan ingatan Tina kepada peristiwa malam itu. Dia benar-benar berharap agar apa yang disebut boleh mengembalikan memori itu.  


Sekilas, Qistina memandang tampang lelaki itu namun segera berkalih apabila renungan tajam menikam sepasang matanya. Dasar lelaki, bisik hatinya. Gatal! Ada peluang saja mesti macam nak menelan orang.   Menggerutu rasa marah di kalbu. 


"Kenapa awak langsung tak ingat saya? Sedangkan saya yang... you know... masih boleh ingat awak." kata Luqman lagi, tak puas hati. Dia tak dapat menerima kelupaan Qistina. Sentap woo apabila dirinya yang kacak dan menawan ni dilupakan semudah ABC! Hampeh betul!!


“Saya memang tak ada sebab untuk mengingati awak. Tapi, yang saya tak faham sekarang ialah sikap awak ni. Apa yang awak nak dari saya? Duit, sebab awak dah tolong saya tadi?” tanya Tina, wajah bosan sengaja dipamer.


Buntang mata Luqman. "Duit? Helo cik! Saya tolong awak tadi seikhlas hati saya ni okey!" 


"Okey. Dah tu?"


Luqman tarik nafas dalam-dalam. mengambil masa untuk menuturkan... “Saya perlukan pertolongan awak.”


Tina angkat kening. "Nak minta tolong rupa-rupanya. Tolong apa?" 


Lama Luqman berjeda sebelum menjawab. “Saya hendak berubah. Tapi tak ada orang nak bimbing saya. Sehinggalah saya jumpa awak. Sejak malam tu, saya cuba cari awak. Puas saya meraban mencari di merata-rata. Ni, baru saya dapat jejak awak.”


“Awak pasang ‘spy?’ Awak intip saya?” tanya Qistina dengan riak marah. Sungguh dia tidak dapat menerima jika benarlah itu yang lelaki ini lakukan. Baginya, lelaki ini tidak ada sebab untuk mencarinya. Tidak ada alasan untuk menjejaki dia!


“Kalau ada khidmat penyiasat persendirian, dalam tempoh seharipun, dia dah boleh jumpa awak.” Nafi Luqman.


“Habis tu?”


Lama Luqman membiarkan Qistina resah menanti jawapannya sebelum membalas, “Macam mana saya jejak awak tak penting, kan? Yang penting, awak sanggup tak tolong saya? Bawak saya balik ke pangkal jalan?”


Noor Qistina ketawa. Ingin sahaja dia meletakkan belakang tangan di dahi lelaki ini. Mana tahu kut-kut demam, kan? Atau mendekatkan hidung ke mulut lelaki itu. Entah-entah, mabuk lagi kut?


Pelik! Entah apa yang dikatakannya pada malam itu, dia sendiri pun tak ingat. Bagaimanakah pula lelaki yang mabuk ini boleh mengecam dirinya? Lepas tu boleh pula mendapat idea tak munasabah begitu? Dia, dia yang lemah ni akan membawa lelaki ini pulang semula ke pangkal jalan? Haha... yalah sangat!


“Saya serius ni!” Luqman bersuara sedikit keras dengan wajah yang lebih serius.


“Awak, dengar ya! Saya dah tak ingat pun apa yang saya cakapkan pada awak malam itu. Malah, apa yang terjadi tu pun, tak boleh dikumpulkan semula dalam otak saya ni. Kalau betul awak mabuk dan saya cuba menasihati awak, apa yang istimewa sangat? Biasalah tu, kan? Yang tak betul, perlu ditegur. Apa masalahnya?” tukas Qistina. Dia rasa, dia perlu meninggalkan lelaki itu sekarang. Dia bosan menjadi perhatian semua orang yang tersengih-sengih memandang mereka. Dia tahu, ada di antara mereka yang menyangka dirinya dan lelaki ini mempunyai hubungan. Sedangkan hakikatnya, nama lelaki ini tidak diketahuinya. Dan dia? Langsung tidak mengenali siapakah lelaki ini.


“Awak...” 


Suara Luqman beralun lembut seakan-akan memujuk.


Qistina menggeleng-gelengkan kepalanya.


“Awak datang ke tempat yang salah. Kalau awak hendak bertaubat, pergilah ke masjid. Di sana ada ustaz, ada pak imam, ada orang alim. Saya? Habuk pun tarak. Dahlah! Saya ada banyak kerja, okey! Lepas makan ni, awak pergilah balik!” 


Qistina masih berkeras tidak mahu mendengar permintaan dan rayuan lelaki ini. Bagi dirinya, lelaki adalah spesis berbahaya. Lembut mereka hanya sekadar untuk mencapai hajat. Rayuan dibuat hanya kerana inginkan simpati. Tidak lebih dari itu! Dan, dia tidak pernah merelakan hati untuk mempercayai. Dia sudah nekad untuk bertindak lebih berhati-hati. Rajuk dan sakit hati akibat perbuatan Safiy masih kuat mencengkam diri.


Mifzal Luqman pula bukan seorang yang mudah berputus asa. Wanita ini diperlukannya. Pertolongan itu masih diingini. Namun, dia sedikit kecewa bila kata-katanya tidak diendahkan.


“Hari ini, saya melihat seorang perempuan yang berbeza. Ya, jauh benar sikap awak sekarang dengan sikap awak pada malam itu. Malam tu, awak begitu lembut tetapi tegas mengenakan saya. Sehingga saya merasakan, yang awak mampu menolong saya, menarik saya keluar dari lembah gelap yang selama ini merantai hidup saya. Tapi nampaknya, saya sudah tersilap. Rupa-rupanya, bagi perempuan itu, saya ini terlalu hina di matanya. Saya yakin, tegurannya malam itu tidaklah ikhlas. Kalau dia ikhlas, pasti, dengan tangan terbuka, dia sanggup membantu, bila saya meminta tolong. Kalau dia ikhlas, dia tentu kasihan pada saya yang serba kurang ini. Kalau dia ikhlas, dia tak akan rela membiarkan diri  ini terus hanyut. Kan?”


Sinisnya sindiran yang Luqman lepaskan kepada Qistina. Lontaran tuduhan yang tidak berasas namun Qistina hanya membuat muka selamba. Tidak dibalasnya tuduhan itu. Biarlah! Lebih baik dirinya dipandang jelek, daripada dipandang baik. Dia bukan malaikat. Biarlah!


“Sampai hati awak. Saya sangat berharap agar awak ada dan sudi memberi sokongan kepada orang yang ingin bertaubat ini. Tapi tak mengapalah! Memang dah nasib saya, kan? Lelaki jahat macam saya ni memang tidak ada ruang untuk balik semula ke pangkal jalan. Maaflah, kerana mengambil masa awak. Maaf jugak kerana mengganggu awak!”


Akhirnya Luqman mengalah. Biar apapun, dia harus menghormati pendirian gadis di hadapannya ini. Tanpa pamitan, dia melangkah untuk meninggalkan kedai itu. Namun, baru dua tiga langkah pergerakannya, dia berpatah balik. Dia meletakkan kad namanya di atas meja. Memandang seraut wajah Qistina sekilas, dia berbisik perlahan... 


“Manalah tahu, kalau-kalau hati awak berubah nanti?” 

9 ulasan:

  1. aik si Hero tu org yg sama kat hotel tu ka??? he... curious nk tau???

    BalasPadam
  2. ni mesti luqman jd penyelamat beg cik tina kite..
    wah ceramah qistina melekat terus ke dalam ati luqman rupanya.. apela yg jd nti ye...

    BalasPadam
  3. @IVORYGINGER
    haha... kenalah sabar menunggu sambungannya, ya!

    BalasPadam
  4. @miznza84
    hehe..ntahlah ya, nak pastikan kena ikuti citer ni nnt

    BalasPadam
  5. wawawawa
    pandai nye..
    ni cam mifzal je..

    BalasPadam
  6. hmmm...rasanye sape yang tolong Qistina tu ye..
    adakah mifzal ataupun Luqman..
    Mifzal...rasanye mcm bukan...
    Luqman...ntahlah malas nak teka...
    apa pun tunggu je apa kak sofi nak bagi saspen kat kita...
    hehehe

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.