Langkau ke kandungan utama

Masihkah cinta? 4

Maaf lambat masuk. harap anda suka n3 ni ya. jangan lupa komen kerana kalau anda komen hati kak sofi berbunga2. maklum, tu tanda anda sudi baca. hehe...



Hari masih awal lagi. Baru pukul 6 pagi. Qistina sudahpun sampai di kedai kesayangannya. Kedai yang diberi nama ‘One Stop Info and Cafe’ dibukanya secara rasmi setelah dia selamat melahirkan Uwaisy.


Sebaik dia masuk, dirinya disapa dengan ramah oleh dua orang pembantunya. Pasangan suami isteri, Kak Raihah dan juga Abang Musa.


“Alah, Tina! Kamu datang sorang-sorang aje ke? Tak bawak Uwaisy sekali?” Jelas suara itu kedengaran seakan kesal. Sudah seminggu Tina tidak membawa anak kecil itu bersama-sama. Rindu di hati Raihah tidak terkata. Maklum sahajalah, dia dan abang Musa tidak mempunyai anak. Kehadiran Uwaisy amat dinanti-nantikan mereka.


“Demamnya tak kebah lagi ke, Tina?” semakin bimbang rasa hati bila memikirkan keadaan anak kecil itu.


Qistina tersenyum bahagia. “Kalau pasal rindukan Uwaisy, amboi..nampak sangat susah hatinya, ya?”


Kak Raihah tergelak kecil.


“Alah, kak! Umi yang tak bagi Tina bawak budak tu tadi. Umi cakap, dalam pukul 9 nanti, dia datang.” Dia memberitahu.


“Bawak Uwaisy?” tanya kak Raihah, inginkan kepastian.


“Raihah, takkan kak Maheran nak tinggalkan cucu dia sorang-sorang kat rumah pulak? Apa punya soalan daaa?” 


Abang Musa menggeleng-geleng, geram melihat isteri yang menanyakan soalan tidak masuk akal itu. Dia kemudian terus bergerak ke arah komputer no 7.


Qistina yang memerhati, terus bertanya, “Kenapa, bang? Komputer tu ada masalah?”


“Semalam, ada yang pandai ‘hack’ pulak. 4 komputer hanged, tak bergerak.” Jawab Abang Musa dengan sepasang mata kini fokus ke arah monitor.


“Rosak?” tanya Qistina ingin tahu.


Abang Musa menggeleng. “Abang dapat tangkap si Haikal. Dia yang bawa satu ‘software’ ni ke dalam, semalam. Dia yang bagi abang cuba. Bagus tau, Tina. Kalau katalah, ada di antara budak-budak tu bukak cerita yang bukan-bukan, kita boleh hentikan terus komputer dia. Lepas tu, kita boleh pulangkan semula bayaran pada dia, jika masih berbaki lagi.”


Qistina tersenyum lagi. “Buatlah apa yang abang fikirkan baik, bang. Abang kan juruteknik di sini? Yang penting, pelanggan Tina tak rasa menyampah nak datang lagi dan lagi.” Omelnya.


Sepasang mata melatari ruang kedai dua pintunya. Di ruang hadapan ini, Qistina menempatkan 10 buah komputer di tepi dinding secara sebaris. Pengguna boleh melayari internet pada kadar RM3 sejam tetapi RM5 untuk 2 jam. Selaku juruteknik dan orang yang menguruskan bahagian itu, semuanya adalah tanggungjawab abang Musa untuk memastikan bahawa tiada yang buruk dan perbuatan melanggar etika dilakukan.


Ruangan ini adalah ruangan yang sentiasa sibuk. Oleh kerana kedainya terletak di suatu kedudukan yang strategik, di Bandar Baru Sungai Buluh, ramai murid sekolah dan pelajar IPTS serta kolej menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya. Ramai yang mahukan dia membuka kedai ini sehingga lewat malam namun, Qistina hanya tersenyum memberitahu dengan lembut bahawa dia lebih suka kedainya ditutup sebelum maghrib.


Qistina turut menyediakan perkhidmatan fotostat, cetak, imbas dan ‘laminate’ bagi yang memerlukan. Bahagian itu diuruskan oleh Siti Haida. Siti Haida juga merupakan pengurus kewangan di kedai ini. Sementara Norsya dan Kak Raihah lebih tertumpu ke kiosk minuman dan makanan ringan, memastikan mereka yang ingin menikmati muffin dan cupcake serta minum air coklat dan milo sentiasa mendapat pesanan mereka dengan cepat.


Qistina sendiri lebih santai di bahagian ketiga, bahagian yang menjual buku-buku termasuk novel Melayu dan Inggeris. Malah, bagi yang tidak mampu untuk membeli, dia menyediakan ruang untuk membaca dengan caj bayaran serendah RM1 sejam untuk sebuah buku.


Sambutan memang hangat. Ramai yang sukakan cara pengurusannya. Ramai yang suka keenakan muffin yang dimakan, kesedapan air coklat panas yang disediakan. Malah, bagi mereka yang membawa laptop, ada ruang untuk mereka di sudut hujung, di mana mereka boleh melayari internet secara percuma.


Perniagaan bermula pada pukul 9 pagi. Masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Puan Maheran sudahpun sampai dan kini dia sedang berada di kaunter masuk/keluar. Uwaisy tentu sahaja sudah disambar oleh kak Raihah dan Norsya.


Qistina menghampiri ibunya. “Umi, Tina keluar kejap, ya.” Katanya.


“Okey, tapi umi tak mahu makan nasi tengah hari ni, Tina. Tak payah beli untuk umi, ya.” Balas si ibu yang sedang ralit melihat-lihat majalah Anjung Seri.


“Awal lagilah, umi! Bila masa pulak Tina nak pergi beli nasi kat kedai Kak Esah tu? Tina nak pergi ke Sinar Edarlah! Ada buku yang tak sampai lagi ni! Temu janji pukul 11 nanti.”


Akhirnya Maheran mengangkat muka. “Nak ke Jalan Ipoh lah ni? Baik-baik bawak kereta tu!” nasihatnya.


Tina hanya mengangguk.


Ketika Qistina sedang melangkah ke arah kereta yang terletak 100m dari kedai, tiba-tiba datang seseorang lalu merentap beg tangan yang dijinjing. Terkejut beruk dibuatnya. Terpana gadis itu berdiri. Tidak menyangka dirinya menjadi mangsa ragut berhampiran kedainya sendiri. 


Tiba-tiba, dari arah belakang, seorang lelaki mengejar si peragut. Lelaki itu dengan berani melewati motosikal dan kereta yang sedang bergerak dengan bergaya. Bagi Qistina, dia seolah-olah sedang terpandangkan hero pujaannya, si Remy Ishak, ber ‘dashing’. Wow!


Lebih kurang 10 minit kemudian, hero itu datang semula bersama-sama si peragut. Mereka kini berdiri betul-betul di hadapan Qistina. Qistina kini sedang dikelilingi oleh beberapa orang yang mengenalinya. Dalam masa yang sama, ibunya sampai.


“Tina? Tina okey ke, sayang? Tina cedera tak?” soal Maheran dengan penuh risau. Tubuh anak dipeluk rapat. Bimbang sesuatu yang buruk terjadi.


“Nah, beg awak! Cuba ‘check!’ Ada ke tidak lagi duit awak kat dalam tu?” kata si hero.


“Kak, sumpah! Saya tak sempat ambil duit tu semua. Saya...”


“Diam! Tak payah nak bela diri tu! Jom, aku hantar kau ke balai polis. Bolehlah kau tidur lena dalam lokap malam ni!” Kata si hero lagi sambil menarik kolar baju budak lelaki yang berusia dalam lingkungan 15 tahun itu. Dia hendak mengheret budak itu ke balai polis berhampiran.


“Awak, tolong lepaskan dia! Tak payahlah tarik kolar bajunya sampai begitu sekali. Kasihan dia!”


“Saya nak bawak dia ke balai polis ni!”


“Tak payah!!” Qistina menjegilkan sepasang mata kepada lelaki yang tadi dianggap hero. Wajah tidak puas hati melihat lelaki itu yang melebih-lebih pula. Dia kemudian menarik tangan budak lelaki itu lalu melepaskannya dari pegangan si hero.


“Jom ikut kakak!” Katanya sambil melangkah ke arah kedai miliknya. Dia tahu, tidak perlu untuk dia memegang tangan atau memaksa kerana yang pasti, budak lelaki itu kini sedang mengikutnya.    


Si hero menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rambut sedikit kumal.


“Adoyaiii... buat penat aje aku tolong dia. Bukan nak ucap terima kasih pada aku pun. Budak itu pula yang dipujuknya. Pelik betul perangai perempuan ni!” gumamnya.


Maheran yang mendengar ketawa kecil. Dia segera menghampiri si jejaka yang kelihatan kurang berpuas hati dengan Noor Qistina.


“Jangan salah faham, nak. Tina memang macam tu. Dia mudah kasihan dengan orang. Apa kata, kalau anak ni ikut makcik sama-sama ke kedai kami? Sudi?”


Pucuk dicita, ulam mendatang. Dia tentu sahaja ingin bertemu dengan wanita cantik itu lagi. Ada sesuatu yang ingin diucapkan kepada wanita itu. Sesuatu yang terpendam sejak pertemuan mereka kira-kira sebulan yang lalu.




Sepasang mata Mifzal Luqman melingas memerhati ke sekeliling ruang kedai yang agak luas. Di dalam hati, timbul rasa tidak percaya apabila diberitahu bahawa ini ialah kedai milik gadis itu. Bolehkah gadis kecil molek itu mengendalikan sebuah perniagaan yang kelihatan maju ini? Tanya hati.


Dia perhatikan ruang komputer dipenuhi pelanggan remaja yang mungkin terdiri daripada budak-budak sekolah atau penuntut di kolej-kolej berhampiran. Tidak seperti kebanyakan kafe siber, di sini ada pula ruang untuk makan dan minum. Semakin terpegun bila di suatu sudut dilihat ada sekumpulan remaja perempuan sedang tekun membaca buku.


“Tina buka kedai ni 2 tahun lepas. Tujuannya supaya dia dapat membantu anak-anak muda ni mencari maklumat di internet. Bagi yang suka membaca, ada ruang untuk mereka. Alhamdulillah, setakat ini, bisnes okey.” Maheran memberitahu ketika dia menjenguk dari arah belakang kedai.


“Ini bukan setakat okey aje, mak cik. Ini namanya bisnes yang maju. Membuka kafe siber ni, persaingannya sangat sengit. Kalau orang Cina taukenya, saya tak hairan sangat. Ini...”


Belum habis ayat lagi, Maheran dah mencelah, “Ini, taukenya kecil aje, ya? Perempuan pulak tu? Macam tak percaya, kan?”


Ketawa meledak sambil Mifzal Luqman mengangguk kerana memang itulah yang difikirkannya. Pada ketika itu sepasang mata menangkap pergerakan dari arah belakang kedai. Dia melihat gadis itu sedang berkata sesuatu kepada budak lelaki yang meragutnya tadi.


Maheran yang menyorot sepasang mata si teruna, terus sahaja memberitahu. “Tina ambil budak Naufal tu bekerja di sini bila budak tu cakap dia tahu serba sedikit tentang komputer.”


“Macam tu aje? Dia tak selidik dahulu latar belakang budak tu?”


“Tak perlu. Yang penting, dia mahu bekerja untuk dapat duit belanja. Kata dia, dia nak duit untuk makan dan untuk hidup. Hidup dia dengan emak dia, dua beranak. Saya tak ada sebab untuk meragui. Orang, bila susah, sanggup buat apa sahaja, kan?” Tina mencelah.


“Kalau dia tu budak jahat? Yang nak merompak awak? Tak mustahil, kan? Dia dah meragut tu maknanya dia juga boleh mencuri dan...”


“Awak ni siapa, hah? Saya tak kenal awak pun. Tiba-tiba aje, awak masuk dalam kedai saya, cakap yang bukan-bukan. Nak tahu? Antara awak dengan Naufal, 100 kali saya percaya dia berbanding awak. Kalau awak tak ada apa-apa hal masuk ke sini, boleh tak awak keluar?”


Mata Luqman membuntang. Tidak menyangka perempuan genit ini berani menghalau dirinya. Hisy, tidak mengenang budi langsung! Susu dibalas dengan tuba. Inikah balasan kepada pertolongannya?


“Terima kasih sebab menolong saya tadi. Awak tak cedera, kan?” menyedari kelancangan mulutnya tadi, Tina segera bertanya, sekadar untuk mengambil hati.


Entah mengapa, laju sahaja Luqman menggeleng.


Qistina kemudian berpaling kepada ibunya. 


“Ni, mesti umi yang ajak dia ke mari ni, kan? Umi nak belanja dia minum ek? Umi ajaklah dia ke belakang. Biar Tina jaga kaunter.”


Maheran segera mengajak Luqman ke belakang kedai di mana semua orang kelihatan terlalu teruja dengan kehadiran jejaka tampan yang mempunyai senyuman menawan itu. Bagaimanapun, Luqman menolak. Kepada Qistina, dia memberitahu bahawa sudah kebetulan berjumpa, dia ingin meminta pertolongan daripada gadis itu. 


“Tina, ajaklah...”


“Luqman, mak cik. Nama saya, Mifzal Luqman.”


Maheran segera menyuruh Tina membawa Mifzal Luqman ke meja kosong sambil dia meminta kak Raihah menyediakan air coklat panas bersama muffin pisang yang ada. Tina, yang tidak mempunyai alasan untuk menolak, terpaksa akur. 


Luqman perhati wajah Qistina tepat-tepat. Hairan dengan tingkah wanita itu. 


"Kenapa tengok saya macam tak puas hati saja?" Qistina bertanya. 


“Awak ni betul-betul tak ingat atau awak pura-pura tak cam saya?” tembak Luqman sebaik mereka berdua duduk dan saling memandang.


Soalan yang menyebabkan Qistina termangu.  

Ulasan

  1. kan dah kena tazkirah percuma.. tula.. benda tak elok tu jgak yg dibuatnya... thanks ustazah qistina...

    BalasPadam
  2. apela mifzal ni..
    kan da kurangkan saham..

    BalasPadam
  3. woo new hero coming. he...
    suka la part qistina brainwash otak mifzal.
    hope cahaya hidayah timbul la n jd pdamping qistina yg baru. ;D

    BalasPadam
  4. @IVORYGINGER
    suka ya dengan apa yg tina buat? alhamdulillah!

    BalasPadam
  5. wah tak sangkat dah 3 tahun..
    Qistina dah ada anak ...uwaisy..
    safiy tau tak...
    sape pula Mifzal Luqman...kawan lama Qistina ke...
    hmmm...banyak betul saspen dalam bab kali ni..
    nak n3 lagi...hehehe

    BalasPadam
  6. padan muka kat mifzal tu...
    apa dia ingat semua pompuan suka sgt ke kat lelaki yang muka hensem je..sekarang ni orang lebih pentingkan isi dalaman bukan setakat hensem ja...
    caya la Tina...:-)

    BalasPadam
  7. akak bile nk smbg nie?

    BalasPadam
  8. @seed169
    yes, sokong! dalaman lebih penting drpd luaran, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…